• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Fadillah sampaikan sijil kepada 380 kakitangan IWK

Spread the love

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah menyampaikan sijil kepada 380 kakitangan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2024.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre, KL pada pagi tadi.

Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X rasminya, Program SKM itu membuktikan IWK sentiasa komited dalam memperkasakan kakitangannya dengan memberi peluang untuk mereka meningkatkan ilmu pengetahuan. Ia juga manifestasi kepada dedikasi syarikat terhadap kecemerlangan warga kerjanya.

SKM penting dalam memastikan kualiti dan standard kemahiran tenaga kerja di negara ini. Kerajaan juga mengiktiraf pentingnya bidang teknikal, vokasional dan kemahiran serta perlunya modal insan mahir.

Melalui SKM juga kita dapat memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). SKM mengiktiraf kemahiran yang dimiliki individu, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri.

Dalam era globalisasi dan revolusi industri 4.0 keperluan terhadap tenaga kerja mahir dan berkualiti menjadi kian mendesak.” katanya.

Tambah beliau, khidmat pembetungan IWK kepada 32 juta pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia dan Labuan, menuntut tenaga kerja mahir dari segi teknikal, inovatif dan kreatif dalam mengaplikasikan teknologi terkini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation