Setelah sembilan tahun mencari tujuan dan mengalami kegagalan dalam beberapa perniagaannya yang lalu, Mohd Zaid Othman akhirnya menemui kejayaan melalui minatnya terhadap pembuatan lilin pewangi. Pada tahun 2019, beliau melancarkan Lampu Cherita, sebuah kedai lilin pewangi buatan tangan. Namun, pada permulaan perjalanan perniagaan dalam taliannya, Zaid berhadapan dengan pelbagai kerumitan e-dagang dan menghadapi cabaran sebagai penjual e-dagang baharu. Bertekad untuk berjaya, Zaid beralih ke Shopee untuk mendapatkan sokongan dan ilmu pengetahuan yang diperlukan.
Melalui platform e-dagang, Zaid mendapat akses kepada kelas latihan dalam talian percuma yang memperkasakannya dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan penting untuk mentransformasikan perniagaannya. Kurikulum ini merangkumi pelbagai bidang penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi yang menawarkan strategi praktikal untuk memacu trafik, meningkatkan kadar aktiviti pembelian, dan menguruskan inventori.
Selain daripada kursus-kursus ini, ilmu pengetahuan Zaid juga semakin mendalam melalui program Shopee Xperts di mana sekumpulan pelatih sah dan penjual yang berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bersama beliau. Bimbingan mereka memainkan peranan penting yang membolehkan Zaid mengaplikasikan amalan terbaik dan memaksimakan keberkesanan alatan perniagaan platform. Dengan nasihat berkesan daripada para profesional berpengalaman ini, Zaid melakukan penambahbaikan kepada operasi perniagaannya yang membawa hasil ketara dan dan membuka pintu kejayaan buat Lampu Cherita.
Dalam Zaid aktif dalam kumpulan Facebook ShopeeUni – sebuah komuniti penjual yang rancak berbincang hal e-dagang, beliau menemui rangkaian sokongan yang sangat berharga. Kumpulan ini menjadi sumber inspirasi dan nasihat yang membawakan perspektif baharu yang membantunya kekal maklum tentang trend industri dan mengatasi cabaran. Persekitaran berkolaboratif kumpulan ini merupakan faktor kritikal dalam pertumbuhan dan kejayaannya.
Namun, Zaid menghadapi ujian dan cabaran dalam perjalanan perniagaannya. Pada tahun 2021, banjir yang melanda kilang lilin yang juga rumahnya menyebabkan kerosakan bernilai RM100,000. Dalam menghadapi kesulitan ini, beliau menemui semangat melalui komuniti Shopeenya. Rakan seperjuangan penjual dan pelanggannya bekerjasama memberikan sokongan penting dan bergotong-royong membersihkan ruang yang rosak. “Bantuan mereka semasa waktu yang paling sukar buat saya meringankan beban yang sangat berat buat saya dan mengingatkan saya tentang ikatan kuat yang telah dibentuk. Pengalaman ini buat saya rasa sangat bersyukur dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat,” kata Zaid.
Sifat solidariti dan kemurahan hati ini menunjukkan semangat mendalam dan kesepaduan komuniti e-dagang yang membantu Zaid membina semula perjalanan perniagaannya. Didorong oleh rasa syukur dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang telah diperolehnya, Zaid melangkah ke peranan baharu sebagai mentor. Beliau aktif menyertai kumpulan Facebook ShopeeUni dengan berkongsi mesej motivasi, tips praktikal, dan nasihat tentang cara memanfaatkan alat perniagaan Shopee. Pandangannya mengenai strategi pemasaran, penglibatan pelanggan, dan pengoptimuman produk dihargai komuniti ini.
“Saya amat bersyukur atas sokongan yang saya terima ketika saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan. Kini, saya berasa puas dapat membantu yang lain mencapai kejayaan dengan bimbingan dan dorongan yang juga pernah membantu saya. Menyokong komuniti adalah cara saya memberi kembali dan membantu yang lain berjaya seperti yang telah saya terima sebelum ini,” kata Zaid.
Pada tahun 2022, sumbangan Zaid diiktiraf secara rasmi apabila beliau dipilih sebagai salah satu daripada 17 ahli Shopee Bintang. Penghormatan ini menandakan peralihannya daripada seorang penjual yang berjaya kepada mentor dalam program Komuniti Shopee Bintang. Zaid berinteraksi dengan penjual lain melalui acara dalam dan luar talian dan berkongsi kepakarannya melalui sesi bulanan Facebook Live. Beliau menekankan kepentingan untuk sentiasa belajar dengan mengadaptasi trend baharu dan untuk menggunakan sepenuhnya sumber bernilai Shopee Xperts dan Shopee University.
Kisah Zaid adalah bukti kuasa transformasi sokongan komuniti dan pembelajaran berterusan dalam dunia e-dagang. Melalui sumber Shopee dan sokongan yang tidak pernah putus dari rakan seperjuangan penjual, beliau mengubah cabaran kepada perniagaan yang berjaya dan mengambil peluang ekosistem platform untuk membantu orang lain berjaya.
Menyokong Perniagaan Tempatan Melalui Perkongsian Strategik
Bagi Shopee, memacu ekonomi digital Malaysia bukanlah sekadar menyediakan alat perniagaan dan memupuk komuniti penjual yang dinamik; ianya jugalah adalah tentang kerjasama yang berkesan yang boleh memperkuatkan sokongan terhadap PMKS tempatan. Mengenalpasti usaha kolaboratif dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan utama adalah penting, Shopee meningkatkan peranannya dalam memperkasakan penjual melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan.
Program seperti Pupuk@Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan untuk melatih dan memperkasakan penjual e-dagang luar bandar melalui kelas Shopee University telah dijalankan di pusat internet luar bandar MCMC. Kelas-kelas ini telah memacu jualan sebanyak RM55 juta untuk 29,000 penjual tempatan yang meningkatkan pendapatan harian purata mereka sebanyak 22% tahun ke tahun. Selain itu, melalui Program OKU Celik Digital dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, 500 penjual OKU tempatan dapat belajar cara mengemudi pasaran digital melalui sesi latihan yang dijalankan oleh Shopee.
“Di Shopee, komitmen kami lebih daripada menyediakan alatan perniagaan. Kami percaya dengan kepentingan komuniti dan memupuk perkembangan komuniti untuk membantu penjual tempatan berjaya dalam era digital. Kami berusaha membantu memenuhi potensi penuh mereka yang memacu ekonomi digital Malaysia dengan menyediakan sumber penting kepada PMKS dan membina komuniti penjual yang kukuh. Dengan usaha bersama, kita dapat membawakan impak yang berkekalan dan meningkatkan pertumbuhan usahawan kita,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment