• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Mangsa banjir di daerah Alor Gajah menurun

Spread the love

ALOR GAJAH 12 Ogos 2024 – Cuaca baik setakat petang semalam membantu beberapa kawasan yang dilanda banjir kembali pulih dan bilangan mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga menurun.

Menurut laporan Melaka Hari Ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata,bilangan mangsa di PPS menurun kepada 407 orang berbanding 419 pada tengah hari semalam.

Menurutnya, bilangan PPS juga menurun kepada tujuh selepas dua PPS iaitu di PERKIM Masjid Tanah dan Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih ditutup pada jam 2.30 dan 3.30 petang semalam.

“Setakat ini, PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Ar-Rasyidin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 163 orang, diikuti 125 di PPS Japerun Kuala Linggi dan 61 di PPS Balai Raya Paya Lebar.

“Selain itu, 45 mangsa pula masih berada di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, 10 di PPS Balai Raya Seri Jeram dan hanya tiga di PPS Balai Raya Ayer Paabas,” katanya.

Tambahnya, terdapat 23 kawasan masih terjejas banjir iaitu Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, ⁠Kampung Ayer Limau, ⁠Kampung Sg Jernih, Kampung Lekok, ⁠Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Ia turut membabitkan ⁠Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor, Kampung Lubok China dan Taman Rembia Jaya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation