• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

SKSPS bakal memanfaatkan seramai hampir 500 pengamal media sambilan di seluruh negara

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dimenterai hari ini bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

“MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Puan Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Encik John Riba Marin merupakan inisiatif kerajaan bagi menambah baik program perlindungan sosial, terutama bagi pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas.

SKSPS bakal memanfaatkan seramai 493 pengamal media sambilan daripada 45 organisasi media di seluruh negara dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setiap individu bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2024.” kata Bernama.

Turut disampaikan, Nota Perlindungan PERKESO kepada 10 petugas media sambilan daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Astro AWANI, Media Prima Berhad, Utusan Malaysia, Makkal Osai dan BERNAMA.

SKSPS diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Pengerusi BERNAMA, YBhg. Datuk Seri Wong Chun Wai.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation