PETRA bekal tenaga solar kepada komuniti Orang Asli di Berasau

Spread the love

KLUANG, JOHOR, 17 Ogos 2024 — Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan menyediakan bekalan elektrik melalui sistem solar dan membina Pusat Komuniti di Kampung Orang Asli Berasau yang akan memberikan manfaat kepada 70 orang penghuni atau 20 buah keluarga dengan sokongan SEDA Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dalam sesi lawatannya ke kampung tersebut menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kementerian dalam memastikan rakyat mendapat bekalan elektrik yang asas kerana ia merupakan keperluan penting untuk kehidupan seharian.

“Pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan sosial utama ini adalah di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan standard perkhidmatan asas seperti air, elektrik, dan kemudahan masyarakat melalui pendekatan Whole of Government.

Pelaksanaan inisiatif ini juga telah melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan antaranya JAKOA Johor, Pusat JAKOA Daerah Kluang, Pejabat Pembangunan Negeri Johor, KKDW Johor, Bahagian Perancang Ekonomi Johor, Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Tanah Kluang, dan Pejabat Hutan Johor Tengah.” kata PETRA.

PETRA telah mengenal pasti keperluan utama penduduk Kampung Orang Asli Berasau, termasuk penyediaan kemudahan bekalan elektrik melalui sistem solar dan pembinaan Pusat Komuniti yang berkonsepkan building integrated photovoltaic system. Pusat tersebut akan menjadi tempat utama untuk aktiviti dan perhimpunan masyarakat.

Selain daripada projek-projek infrastruktur ini, PETRA juga bercadang untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk kampung, bagi mengeratkan hubungan antara PETRA dan penduduk setempat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation