Alam Flora edar tong sisa mudah alih baharu

Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), anak syarikat kepada Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), hari ini telah mengedarkan 100 unit tong sisa mudah alih (MGB) bersaiz 120 liter kepada penduduk Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, bagi menggantikan tong-tong lama yang telah digunakan lebih daripada 10 tahun. Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Alam Flora untuk memperbaharui dan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di seluruh kawasan perkhidmatannya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, turut hadir mengedarkan tong sisa baharu tersebut kepada penduduk yang terlibat.

“Penglibatan beliau menzahirkan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup di kawasan perumahan, serta memberikan dorongan moral yang signifikan kepada komuniti setempat. Hadir sama, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Abd Karim Bin Salim.” kata Alam Flora dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Badrulhisyam Fauzi, program penukaran tong sisa mudah alih ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Alam Flora dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa yang berkesan. Tong-tong itu direka khas untuk memperbaiki pengurusan sisa di taman-taman perumahan, dengan tujuan menjadikan kawasan setempat lebih bersih dan selesa untuk didiami.

“Program ini selari dengan visi kerajaan untuk memperbaiki pengurusan sisa pepejal di samping turut menggesa penduduk setempat untuk terlibat secara aktif dalam menjaga kebersihan persekitaran dan memanfaatkan sebaiknya tong sisa mudah alih yang telah diedarkan.

Program edaran tong sisa mudah alih ini, yang telah bermula sejak April 2024 di kawasan kawasan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur, Pahang, dan juga Putrajaya, akan diteruskan sehingga Disember 2025 dengan sasaran keseluruhan sebanyak 274 ribu unit tong bersaiz 120 liter untuk kawasan perumahan. Selain itu, bagi kawasan komersial dan rumah sampah, sebanyak 21,464 unit tong bersaiz 660 liter dan 19,760 unit bagi tong bersaiz 240 liter.” tambah Alam Flora.

Sorotan edaran bagi tong sisa mudah alih bersaiz 120 liter:

  • Kuala Lumpur: Sebanyak 113,245 unit telah diperuntukkan, dengan 4,112 unit berjaya diagihkan antara April 2024 dan Julai 2024.
  • Putrajaya: Daripada 5,060 unit yang diperuntukkan, 645 unit telah diagihkan dalam tempoh yang sama.
  • Pahang: Dengan peruntukan terbesar sebanyak 155,961 unit, Pahang telah mencapai pengagihan yang memberangsangkan sebanyak 14,591 unit setakat Julai 2024

“Inisiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada tonggak perniagaan Malakoff, aspirasi Penyelesaian Alam Sekitar Malakoff untuk memberi tumpuan kepada pengurusan alam sekitar dan penyelesaian yang didedikasikan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan planet ini. Ia juga selaras dengan Matlamat SDG PBB No. 11 di mana ia bertujuan untuk menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan serta menyokong tujuan menyeluruh Malakoff iaitu ‘Enhancing Life, Enriching Communities’.” ujar Alam Flora.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation