‘Petanque shooting’ hadiahkan emas kelapan buat Melaka

Spread the love

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 18 Ogos – ‘Petanque shooting’ lelaki menyumbang satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak semalam.

Aksi cemerlang Khairul Amirul Zamrulhisham menerusi acara ‘Petanque shooting’, sekali gus menyumbang emas kelapan buat Melaka.

Khairul Amirul pada acara terbabit meraih kutipan mata 37 menewaskan atlet dari Selangor yang meraih pingat Perak, Ayzek Hakimi Safingan yang mendapat 28 mata.

Bagi kedudukan pingat setakat jam 1.38 petang semalam, Melaka berada di tangga keempat di belakang Sarawak; Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

Untuk keseluruhan, Melaka mendapat lapan pingat emas; lima pingat perak dan enam pingat gangsa menjadikan jumlah 19 pingat.

Terdahulu, tujuh pingat emas buat Melaka berjaya dihadiahkan oleh kem Wushu negeri menerusi acara Nanquan (lelaki dan wanita); Daoshu (wanita); Gunshu (wanita); Nandao (lelaki dan wanita); Wushu Lelaki 60 kilogram (kg).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation