KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Balai Seni Negara telah mengadakan “Dialog Penggiat Seni Visual Bersama YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)” bertempat di Auditorium, Balai Seni Negara semalam.
Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Encik Shaik Rizal Sulaiman, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Encik Amerrudin Ahmad, pegawai-pegawai kanan MOTAC, jabatan serta agensi.
Sesi dialog tu diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan platform komunikasi dua hala antara Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan dalam mengutarakan cadangan dan pandangan mereka berkaitan seni.
“Sesi dialog yang berlangsung kira-kira satu jam ini dihadiri seramai 200 orang, terdiri daripada penggiat seni, wakil persatuan seni, galeri seni awam dan swasta serta warga akademik. Pertemuan antara YB Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan ini secara langsung dapat membuka ruang bagi membincangkan pelbagai isu serta idea berkaitan seni dan budaya secara santai.
Dalam sesi dialog berkenaan, YB Timbalan Menteri turut menggariskan komitmen kementerian untuk menjadikan Balai Seni Negara sebagai hab seni utama di Malaysia yang wajib dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa. Beliau juga menyatakan bahawa kementerian akan terus berusaha untuk menyediakan platform yang lebih baik dan meluas bagi penggiat seni tempatan untuk berkarya.” kata Balai Seni Negara.
Para penggiat seni juga disarankan untuk memanfaatkan sumber bantuan kerajaan seperti Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Tabung Bantuan Seni (TBS), sebagai usaha untuk menyemarakkan program berkaitan seni dan budaya.
Sebanyak RM 1.5 juta telah disalurkan kepada penerima menerusi TBS pada tahun lalu manakala sebanyak RM 418,700.00 telah disalurkan kepada kira-kira 24 penerima sepanjang tahun ini bagi menjayakan program serta aktiviti seni yang berimpak tinggi.
Khairul Firdaus turut mengumumkan pelancaran Tabung Seni Negara yang dijadualkan pada tahun hadapan. Tabung tersebut merupakan salah satu inisiatif baharu yang bertujuan untuk menyokong dan memperkasa seni tempatan serta membantu penggiat seni dalam pengembangan karya mereka.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment