Ewon lancarkan Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP
PUTRAJAYA, 21 Ogos 2024 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan Program Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024, di Lobi kementerian, di sini, hari ini.
Beliau berkata, program tersebut adalah antara pengisian Bulan Kebangsaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga Kementerian dan agensi-agensinya.
“Warga KUSKOP adalah antara rakyat Malaysia yang amat bertuah kerana mendapat tempat dalam perkidmatan awam. Penempatan dalam kementerian ini harus ada nilainya iaitu memastikan Malaysia terus merdeka, maju ke hadapan dan terus membangun.
Oleh itu saya menyeru seluruh warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian ini yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan usahawan dan koperasi supaya terus melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik membela nasib usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana, penjaja dan peniaga kecil serta koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara ini.
Komuniti penjaja dan peniaga kecil, usahawan dan koperasi perlu dibantu agar mereka juga dapat membantu membangunkan negara ini dalam bidang keusahawanan,” katanya ketika berucap melancarkan Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP, hari ini.
Be the first to leave a comment