Kafe hipster lima bersaudara di Pekan Jasin
Oleh : Liana Sahabudin / MELAKA HARI INI
JASIN 21 Ogos – Kafe hipster berkonsepkan lima bersaudara di Pinggiran Sungai Kesang, Pekan Jasin bakal beroperasi sepenuhnya pada minggu ini.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Mohd Shaiful Hizam Johan, kafe berkenaan akan menyajikan pelbagai makanan, sekali gus menjadi tarikan baharu di pekan tersebut.
“Kita jangka kafe ini beroperasi hujung minggu ini, terdapat lima kafe disediakan untuk orang ramai bersantai atau meluangkan masa bersama keluarga.
“Lebih menarik kafe ini diberikan nama laksamana Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya pembinaan kafe itu siap sepenuhnya pada November tahun lalu, namun pembukannya ditangguhkan berikutan MPJ melaksanakan beberapa penambahbaikan membabitkan aspek pencahayaan dan hiasan landskap.
“Kita harap operasi kafe ini akan menghidupkan dan menceriakan lagi suasana malam di Pekan Jasin, orang ramai sudah ada pilihan tempat bersantai. Bukan sahaja di Banda Hilir di Jasin juga sudah ada,” katanya.
Be the first to leave a comment