Malaysia dan Republik India Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam bidang Pelancongan dan Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan

Spread the love

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Republik India, TYT Shri Gajendra Singh telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Bidang Pelancongan serta Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Republik India pada 19 hingga 21 Ogos 2024.

Pertukaran kedua-dua MoU ini telah diadakan dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman yang disaksikan oleh Anwar dan TYT Shri Narendra Modi, Perdana Menteri Republik India. Majlis yang berlangsung di New Delhi, India ini menandakan satu langkah penting dalam usaha kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik dalam bidang kebudayaan dan pelancongan.

“Pemeteraian Perjanjian Kebudayaan ini berupaya mempertingkat kerjasama dalam bidang kebudayaan melalui pelaksanaan pertukaran kepakaran selain sinergi dalam bidang latihan, penyelidikan dan persembahan kebudayaan ke arah pembangunan produk dan perkhidmatan industri seni, budaya serta warisan negara.

Pemeteraian MoU dalam bidang pelancongan pula akan mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan India dalam penggalakan, promosi dan pemasaran pelancongan, peningkatan pelancongan perniagaan (MICE) serta pembangunan pelancongan berteraskan komuniti, ekopelancongan dan responsible tourism.” kata MOTAC.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation