• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Penghantaran durian segar pertama Malaysia tiba di China

Spread the love

ZHENGZHOU, 25 Ogos 2024 – Penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China telah tiba Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou hari ini.

Pengeksportan pertama durian segar ini adalah hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar Dari Malaysia ke Republik Rakyat China yang dimeterai oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu bersama TYT Yu Jianhua, Menteri General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC) pada 19 Jun 2024.

Menurut KPKM, akses pasaran ini adalah perkembangan positif yang akan menyumbang kepada peningkatan nilai eksport sektor durian ke negara China di mana sebelum ini hanya durian dalam bentuk sejuk beku sahaja yang dibenarkan. Tambahan akses durian segar ini akan memberi peluang kepada usahawan durian tempatan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneroka pasaran di China seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

“Fasa pertama penghantaran adalah berjumlah 40 tan metrik (mt) durian pelbagai jenis seperti Musang King, D24, IOI dan Black Thorn dengan melibatkan lapan (8) syarikat durian Malaysia. Pada hari ini, 15 mt durian telah tiba dan penghantaran seterusnya sebanyak 15 mt ke Zhengzhou dan 10 mt ke Shenzhen akan tiba esok.” kata KPKM.

Prestasi eksport durian negara dalam tempoh lima (5) tahun dari 2018 hingga 2022 adalah menggalakkan dengan nilai eksport durian ke luar negara telah berkembang sebanyak 256.3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta. Pada tahun 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai sebanyak RM1.14 bilion iaitu nilai tertinggi dalam sejarah sehingga kini. Secara keseluruhan, durian merupakan penyumbang utama (58.6 peratus) kepada nilai eksport buah-buahan negara pada tahun 2022 daripada keseluruhan nilai eksport buah-buahan bernilai RM2.01 bilion.

Penerimaan buah durian segar melalui udara pertama ke China hari ini telah disempurnakan oleh Mohamad bersama-sama Sun Shougang, Executive Vice Governor Wilayah Henan dan Liu Jianmin, Pengurus Besar Zhongyu Aviation Group di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou. Ianya turut dihadiri oleh wakil-wakil syarikat pengeksport dari Malaysia dan syarikat pengimport dari China. Untuk makluman, durian segar ini akan terus diedarkan oleh 10 syarikat pengimport menerusi outlet-outlet peruncitan mereka di enam (6) wilayah iaitu Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Nanning

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation