• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tidak terfikir akan bergelar Datuk – Remy Ishak

Spread the love

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI

SERI NEGERI 25 Ogos 2024 – “Mencari itu tidak, tetapi dianugerahkan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak.

Pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak itu adalah antara 60 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Menurutnya, hampir 20 tahun berada dalam industri seni tanah air, dirinya langsung tidak pernah terfikir akan dianugerahkan darjah kebesaran yang menjadi impian ramai.

Jelas anak kelahiran Masjid Tanah itu, penganugerahan diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka adalah antara pencapaian terbesar buat dirinya.

“Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini, ini adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir. Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka.

“Sebenarnya saya tidak pernah mimpi dan terfikir yang akan menerima penganugerahan seperti ini.

“Malah saya turut bertanyakan juga penganugerahan ini atas dasar apa dan ianya disebabkan oleh pencapaian dalam industri seni,” katanya.

Turut digelar sebagai ‘Hero Malaya’, Remy berkata, meskipun kini sudah bergelar Datuk namun dia tetap seperti dirinya yang dulu selain gelaran diterima tidak akan mengubahya.

“”Saya tetap akan menjadi Remy Ishak dan saya adalah Remy Ishak kerana darjah kebesaran Datuk ini dikurniakan oleh negeri Melaka kepada saya.

“Saya amat menghormati penganugerahan ini dan ia adalah suntikan untuk saya lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, pelakon Ashraf Muslim atau nama sebenar Mohd Ashraf Muslim, dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Menurut peneraju teater Hikayat Hang Tuah: ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ yang membawa watak Raja Melaka itu berkata, penganugerahan diterimanya itu amat bermakna sebagai seorang anak seni selain menjadi pemangkin untuk dirinya terus bergiat aktif.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation