• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia

Spread the love

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI

BANDA HILIR 26 Ogos 2024 – “Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan diberi penghargaan dan penghormatan sebegini, apa yang saya lakukan sebelum ini sudah menjadi tanggungjawab,” itu kata Tokoh Jabatan Penjara Malaysia, Husain Beladar.

Husain, 87, adalah bekas Pengarah Pembangunan Penjara Malaysia yang juga individu bertanggungjawab atau ‘arkitek’ dalam membina beberapa fasiliti penjara termasuk bangunan ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, Selangor.

Anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu berkhidmat bersama Jabatan Penjara selama 32 tahun sebelum bersara pada 1988.

Dia berasa amat teruja apabila dimaklumkan akan diadakan Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia, Melaka.

“Teruja bukan sebab apa, kerana menerusi pameran yang diatur ini secara tidak langsung dapat berkongsi dengan orang ramai mengenai sejarah penjara di Malaysia.

“Jauh di sudut hati saya berasa amat hiba kerana sumbangan dan jasa saya suatu ketika dahulu masih dikenang sehingga kini walaupun tidak lagi berkhidmat dengan Jabatan Penjara.

“Pameran ini mungkin satu bentuk penghargaan kepada saya, namun apa yang utama ia menjadi platform untuk berkongsi latar belakang jabatan penjara bersama masyarakat, sekali gus boleh menjadi inspirasi kepada gerasi muda,” katanya.

Bapa kepada empat anak itu ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran Memoir Tuan Husain Beladar yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad, di Muzium Penjara Malaysia, Melaka, Banda Hilir, baru-baru ini.

Husain berkata, Jabatan Penjara Malaysia kini jauh lebih maju berbanding zaman dia masih berkhidmat dan sebagai orang ramai beliau berharap semua kakitangan khusus wardar menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin serta penuh keikhlasan.

Berkongsi kisahnya Husain berkata, ketika diberi kepercayaan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk mengetuai pembinaan Penjara Marang, pada 1980-an ia dianggap sebagai satu tanggungjawab besar.

Jelasnya kepercayaan itu susulan usaha beliau mengubahsuai blok dan tempat banduan di Kuantan, Pahang yang mendapat perhatian Ketua Pengarah Penjara, Datuk Ibrahim Mohamed.

“Ketika itu saya berfikir kenapa tidak menggunakan khidmat dan kepakaran daripada banduan-banduan kerana kebanyakkan mereka mempunyai kemahiran jadi rugi jika dibiarkan, sekurang-kurangnya mereka dapat berkhidmat.

“Saya kemudian pergi ke seluruh penjara dan temuduga banduan yang berkemahiran sebelum mereka semua bersama-sama mencurah tenaga membina Penjara Marang. Biarkan kesalahan masa lalu dijadikan pengajaran, namun kelebihan mereka jangan dipersiakan.

“Pembinaan Penjara Marang yang hanya membabitkan kos RM18 juta berbanding peruntukan RM33 juta dengan gabungan tenaga dan kemahiran kira-kira 300 banduan adalah antara pencapaian terbesar untuk saya,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation