• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AI

Program Microsoft AI Teach Diperluaskan Ke Perak

Spread the love

PERAK, 27 Ogos 2024 (Bernama) — Satu penganjuran program MCMC Microsoft AI TEACH iaitu pembangunan kapasiti AI kepada warga Perak oleh MCMC dengan kerjasama Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) telah diadakan baru-baru ini.
 
Program latihan selama dua hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Azlan Helmi bin Helmi.
 
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memberi banyak manfaat kepada kehidupan rakyat. Teknologi AI, bukan sahaja boleh mengurangkan beban kerja seperti kemasukan data, pengurusan dan penyimpanan rekod bahkan juga menjimatkan masa untuk menguruskan sesuatu operasi.
 
Matlamat program berkenaan adalah untuk memperkasakan peluang kerjaya bagi warga Perak menerusi pemantapan serta pensijilan dalam satu daripada kemahiran teknologi digital Revolusi Industri 4.0, iaitu Kecerdasan Buatan (AI).
 
Para peserta turut akan menerima sijil penyertaan dan sokongan penempatan pekerjaan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas tamat latihan dan ini seterusnya memperkukuhkan kemasukan mereka ke dalam ekonomi digital.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation