Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi menganjurkan pameran dan sesi perkenalan mengenai platform ‘Nusuk’ di Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR 27 Ogos 2024 – Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi telah menganjurkan sesi perkenalan, bertujuan untuk sektor perniagaan bagi memperkenalkan platform kerajaan bersatu ‘Nusuk’, khas disediakan untuk menguruskan jemaah yang mengunjungi Mekah dan Madinah di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Sesi perkenalan tersebut di bawah naungan Tuan Yang Terutama Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, dan dihadiri oleh beberapa pegawai kerajaan Malaysia. Tambahan pula, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi juga akan menganjurkan pameran interaktif yang mensasarkan rakyat Malaysia di salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara, yang terletak di Putrajaya (ibu kota pentadbiran Persekutuan Malaysia, selatan Kuala Lumpur).

Sesi perkenalan khas yang diadakan di Kuala Lumpur dihadiri oleh beberapa wakil daripada sektor swasta, termasuk agensi perjalanan dan Umrah dari kedua-dua negara. Semasa sesi tersebut, kedua-dua pihak  membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian, menyelaras peluang unik, dan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi ‘Berkuasa Pelancongan Saudi’ kepada jemaah dan pengunjung di Malaysia. Khususnya, perkhidmatan ini yang ditawarkan oleh lebih daripada 200 rakan kongsi yang diiktiraf, merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan, pelbagai perkhidmatan logistik, dan organisasi program serta lawatan pelancongan. Arab Saudi berhasrat untuk menerima 30 juta jemaah Umrah dari seluruh dunia pada tahun 2030, selaras dengan matlamat Visi 2030.

Memandangkan penghormatan dan kasih sayang yang mendalam yang dimiliki oleh rakyat Saudi terhadap saudara-saudara mereka dari Malaysia, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi akan menganjurkan pameran interaktif yang unik dari 28 Ogos hingga 1 September. Pameran ini akan menampilkan pengalaman realiti maya (VR) untuk melihat koleksi cerita sejarah Islam yang luar biasa di IOI City Mall. Selain itu, akan terdapat gerai khusus untuk sepuluh syarikat Malaysia yang diiktiraf oleh platform ‘Nusuk’, untuk memperkenalkan dan menggalakkan pengunjung menunaikan Umrah serta melawat Madinah. Pameran in juga memberi peluang kenapa pengunjung-pengunjung untuk meneroka pelbagai destinasi dan pengalaman pelancongan ke Saudi selepas Umrah, dan mempelajari tentang keramahan dan kemesraan rakyat Saudi. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menetap di Arab Saudi selama 90 hari setahun.

Warganegara dari 66 negara, termasuk Malaysia, kini boleh memohon visa lawatan elektronik melalui platform ‘Visit Saudi’. Inisiatif ini bertujuan untuk mengautomasikan prosedur ketibaan bagi menunaikan Umrah, melawat Masjid Nabi dan Rawdah, dengan syarat janji temu diperoleh melalui aplikasi Nusuk, serta meneroka laman sejarah, warisan, dan budaya di Mekah dan Madinah. Ini menawarkan jemaah pengalaman rohani yang luar biasa sepanjang tahun, kecuali semasa musim Haji.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation