• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Semangat Jiwa Merdeka warnai Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Spread the love

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2024 – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024, membuktikan semangat patriotik kekal subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Hari Kebangsaan 2024 disemarakkan dengan acara perbarisan dan perarakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan komponen perarakan kumpulan pancaragam, pergendangan, aset hidup, aset kenderaan dan kontinjen Kenegaraan, Komuniti Malaysia MADANI, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan serta Keselamatan Negara.

Sebagai simbolik sambutan ke-67, sebanyak 67 buah kenderaan Kontinjen KMJG daripada pelbagai latar belakang kaum, umur dan profesion dalam usaha membawa imej kebersamaan dalam kepelbagaian, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Antara yang menarik termasuklah Teres Grafik Manusia yang melibatkan 2,000 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pancaragam Formasi terdiri daripada 300 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tempur Tanpa Senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia dan persembahan Malaysia MADANI Jiwa Merdeka Cuci Rasuah bertemakan Kesatuan Dalam Kepelbagaian oleh gabungan artis budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, agensi serta pertubuhan bukan kerajaan seni budaya.

Sambutan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Duta serta Konsulat Asing di Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation