MYDIN LANCAR KEMPEN ‘SHINE BRIGHT THIS DEEPAVALI

Spread the love

SELANGOR, 1 OKTOBER 2024: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan tersebut.

Majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami di MYDIN Subang Jaya.

Sepanjang kempen berlangsung MYDIN turut bekerjasama dengan SMS Deen Jewellers bagi menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN. Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000.

Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin, “Pelanggan kami berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Justeru itu, kempen seumpama ini bertujuan untuk menghargai sokongan mereka dan berkongsi
kemeriahan sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.”

“MYDIN, melalui program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin ‘Cahaya Prihatin’, berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara untuk memberikan sumbangan kepada 200 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar
Selangor.

Sumbangan tersebut berupa bakul makanan dan baucar tunai, bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Ini menunjukkan komitmen MYDIN dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan,” ujar beliau lebih lanjut.

Bagi menambah kemeriahan kempen tersebut, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan Bombay Bazaar untuk menawarkan pelbagai barangan kelengkapan persediaan sambutan Deepavali, termasuk makanan, pakaian tradisional, dan banyak lagi. Barangan ini boleh didapati di beberapa cawangan MYDIN seperti di Subang Jaya (Selangor), Seremban 2 (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Meru Raya (Perak).

MYDIN turut bekerjasama dengan pengeluar rempah ratus terkenal Trichy untuk menghasilkan 10 resipi dalam rancangan ‘Taste with BGW’ (Bala Ganapathy William) di semua media sosial termasuk Facebook, YouTube dan TikTok Mydin sempena Deepavali ini.

Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Shine Bright This Deepavali’, yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2024.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation