PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merangka cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara.
Menurut PETRA, cadangan itu melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan telah dipersetujui oleh
Jemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Program itu akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran dan program tersebut akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran.
Program itu merangkumi dua pendekatan :
“Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan turut mencadangkan peruntukan kepada Kelantan untuk penggantian meter dan pembaikan tangki air, dengan projek dijangka siap pada 2025. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga memberi pinjaman RM211.5 juta untuk menggantikan paip asbestos sepanjang 393 km, dijangka selesai pada Oktober 2025. Sehingga kini, sebanyak 176 km telah siap dilaksanakan dengan kos
RM60.5 juta.
Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan kadar NRW melalui peningkatan infrastruktur air, projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Machang di Kelantan merupakan langkah penting. Dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM500 juta pada 27 September 2023, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan air, sejajar dengan matlamat Program NRW Kebangsaan.
Pinjaman ini juga disalurkan kepada PAAB bagi membina LRA Machang yang akan menggunakan sumber air dari Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang. Meskipun pada awalnya Negeri Kelantan memohon penukaran pinjaman ini kepada geran, kerajaan mengekalkan pemberian pinjaman dengan moratorium 10 tahun.” kata PETRA.
Tambah PETRA, projek itu dijangka bukan sahaja akan menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan tetapi juga mengurangkan kadar NRW di negeri tersebut, menyokong inisiatif nasional untuk memastikan bekalan air yang lebih efisien dan terjamin.
“Kementerian sentiasa prihatin dengan pandangan semua pihak dan akan terus mengkaji serta mempertimbangkan cadangan-cadangan bagi memperbaiki pengurusan bekalan air di negara ini. Kejayaan pelaksanaan Loji Rawatan Air Machang dan Program NRW Kebangsaan ini dijangka akan memberikan impak positif yang signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti bekalan air dan mengurangkan kadar NRW di seluruh negara.” ujarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment