Putrajaya, 4 Oktober 2024 – Bagi memastikan tiada pihak yang tercicir dalam menikmati kehidupan yang sempurna, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Program Santuni Komuniti Madani Bersama Pemandu Teksi / Kereta Sewa di Putrajaya Sentral pada hari ini, sebagai usaha membantu meringankan beban mereka. Usaha ini bertepatan dengan salah satu daripada enam (6) nilai teras Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, di mana mengasihi orang lain – keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya – adalah teras kepada sebuah visi Malaysia yang ihsan.
Sebagai tanda menghargai pemandu teksi / kereta sewa yang telah menyumbang kepada kemudahan pengangkutan awam terutamanya di Putrajaya, seramai 74 orang pemandu teksi / kereta sewa di Putrajaya yang berdaftar dengan Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad telah menerima sumbangan wang tunai dan kotak makanan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM18,500.00. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM. Turut hadir adalah Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Di dalam program yang sama, YB Senator Dato‘ Setia turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung yang berada di sekitar Putrajaya Sentral.
Bersandarkan kepada Fokus 3, Teras Strategik 2, Pelan Transformasi Al-Falah iaitu Kemampanan Ekonomi dan Kebajikan Sosial Islam, YWM yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bergerak aktif di lapangan muamalah bagi menyantuni golongan yang memerlukan, sama ada menggunakan dana Wakaf Tunai Malaysia, dana manfaat wakaf atau dana CSR Prihatin YWM.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment