Pendapatan Tahunan Petals Malaysia di Shopee Meningkat 48% dengan program Shopee Affiliate Menyumbang 4 dalam 10 Pesanan
Perniagaan tempatan di Malaysia sedang bangkit untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk tempatan, dengan sokongan platform seperti Shopee. Menurut tinjauan terkini Shopee, Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal, 98% rakyat Malaysia percaya bahawa membeli lokal dapat meningkatkan komuniti yang kurang berkemampuan. Selain itu, lebih 80% rakyat Malaysia memilih untuk membeli produk Buatan Malaysia, didorong oleh keinginan mereka untuk menyokong komuniti tempatan, mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, dan memelihara warisan budaya.
Inisiatif Shopee Rai Lokal meraikan kisah-kisah inspirasi usahawan tempatan ini yang menembusi halangan dan mencapai kejayaan dalam dunia digital. Mereka memanfaatkan alat seperti kedai dalam talian, strim langsung, kandungan video, dan fungsi chat untuk berhubung dengan pelanggan. Jenama seperti Petals Malaysia adalah contoh perniagaan tempatan yang memanfaatkan e-dagang untuk memperluas kecapaian mereka, memupuk kebanggaan nasional, dan mempamerkan semangat keusahawanan Malaysia.
Memanfaatkan Pendekatan Pelbagai Aspek Shopee
Petals Malaysia telah mengubah pengalaman membeli-belah untuk pelbagai pelanggan, termasuk warga emas, pencinta kelestarian, dan golongan Gen Z. Dengan memanfaatkan Shopee Live, mereka mencipta suasana komuniti yang menggalakkan pelanggan untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi produk. Semasa sesi siaran langsung, Petals Malaysia mendemonstrasikan produk Hair Colour Shampoo mereka secara langsung di mana ia menukarkan rambut beruban kepada rambut hitam atau perang. Pengalaman interaktif ini membolehkan pelanggan berhubung terus dengan jenama, mengajukan soalan, dan menerima jawapan segera. “Kami memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang ingin melihat hasil untuk membina kepercayaan terhadap produk kami,” kongsi Khairul. “Shopee Live membolehkan mereka menyaksikan transformasi dan yakin akan produk kami.”
Sesi interaktif ini juga menyediakan peluang unik untuk penonton menyelami sains di sebalik produk mereka, menonjolkan bagaimana bahan-bahan yang diperoleh dari sumber tempatan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sambil memperkuat ekonomi tempatan. “Setiap bahan mencerminkan komitmen kami terhadap alam sekitar dan komuniti Malaysia,” tambah Khairul. Tambahan, Petals Malaysia menggunakan sesi ini untuk menawarkan tawaran kilat dan tawaran pakej yang disesuaikan khusus untuk pembeli Gen Z untuk menggalakkan pembelian.
Selain sesi strim langsung, Petals Malaysia memikat penonton dengan kandungan Video Shopee, memaparkan transformasi “sebelum dan selepas”, testimoni pelanggan yang menyentuh hati, dan maklumat tentang amalan mampan mereka. “Kami telah melihat peningkatan yang ketara dalam penglibatan, terutamanya di kalangan Gen Z, yang menghargai interaksi dan keaslian secara langsung,” kata Khairul. “Ini telah membantu kami membina pangkalan pelanggan setia yang berkongsi nilai yang dipegang kami.”
Untuk mencapai lebih ramai rakyat Malaysia, Petals Malaysia secara strategik menggunakan Iklan Shopee dan promosi yang disasarkan — menghubungkan pelanggan yang mencari produk yang sepadan dengan nilai mereka. Dengan menawarkan tawaran strim langsung eksklusif, Syiling Shopee, dan baucar pengikut kedai, mereka memastikan tawaran mereka sentiasa menonjol. Acara jualan besar seperti 9.9 dan 11.11 seterusnya memperbesar jangkauan mereka, menarik pembeli yang mengutamakan kualiti dan kemampuan mampu milik.
Petals Malaysia juga cemerlang melalui program Shopee Affiliate dengan bekerjasama dengan pempengaruh kecantikan yang dipercayai untuk mencapai audiens yang minat dengan kecantikan, kelestarian, dan kraf tempatan. “Pendekatan pelbagai aspek kami bukan sahaja membina kredibiliti tetapi juga mendidik pelanggan dan memperkasakan dengan maklumat berkualiti sebelum membeli,” tambah Khairul.
Strategi menyeluruh ini telah meningkatkan pendapatan tahunan Petals Malaysia sebanyak 48% dengan usaha Shopee Affiliate kini menyumbang kepada 4 dalam 10 pesanan, menunjukkan kekuatan pendekatan pelbagai aspek mereka dan hubungan yang kuat dengan pengguna.
Rakan Kongsi Kejayaan PMKS
“Shopee berbangga dapat menyokong jenama tempatan seperti Petals Malaysia,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. “Inovasi dan kreativiti perniagaan Malaysia memberi inspirasi kepada kami, dan kami komited untuk membantu mereka berkembang dalam talian. Platform kami menawarkan suite komprehensif saluran jualan dan sumber untuk memacu kejayaan mereka, seperti yang ditunjukkan oleh Petals Malaysia. Sebagai contoh, Shopee University menyediakan kursus dalam talian percuma yang dikendalikan oleh pakar dan penjual berpengalaman, merangkumi ilmu penting seperti jualan, pemasaran, dan operasi, sambil memastikan peniaga sentiasa dikemas kini dengan trend e-dagang terkini.”
“Kami menjemput semua untuk meneroka dunia produk tempatan yang dan menyokong jenama tempatan hebat seperti Petals Malaysia. Muat turun aplikasi Shopee dan terokai bulatan ‘Shopee Rai Lokal’, di mana anda boleh menemui khazanah tempatan yang mencerminkan warisan budaya dan kraf usahawan tempatan. Setiap produk mempunyai kisah tersendiri, mempamerkan bakat unik dan dedikasi pencipta dan perniagaan Malaysia. Dengan memilih untuk membeli lokal, anda bukan sahaja membeli produk; anda menyokong sebuah visi dan memperkasakan komuniti tempatan.” akhiri Tan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment