CergasBersama : Sambutan Hari Sukan Negara 2024

Spread the love

Putrajaya, 12 Oktober 2024 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Upacara perasmian ini dimulakan dengan acara senaman beramai-ramai bersama para peserta Larian Fit Malaysia di Putrajaya.

Serba sedikit mengenai latar belakang Hari Sukan Negara (HSN), ia merupakan acara tahunan semenjak tahun 2015. Ia bermatlamat untuk membudayakan dan merakyatkan sukan di kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Pelbagai program telah dilaksanakan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBNS) selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan dianjurkan di seluruh negara di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Bagaimanapun, penganjuran sambutan HSN peringkat negeri dan daerah di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 19 Oktober 2024 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Terdapat lebih 100 sukan untuk dipilih oleh rakyat Malaysia. Jadi tiada alasan untuk tidak bersukan. – @hannahyeoh , Foto oleh penulis

Dalam ucapannya, Hannah turut menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil peluang dan menyertai salah satu daripada sebanyak 103 pilihan sukan yang ada di Malaysia.

“Rakyat Malaysia boleh memilih salah satu sukan untuk diri mereka. Jadi tiada alasan untuk tidak bersukan,” kata Hannah.

Datuk Azizul Hasni antara VIP yang menyerikan acara larian pada pagi ini. Ramai peserta mengambil peluang untuk berswafoto bersama beliau pada pagi ini. Foto oleh penulis

“Kerajaan telah memberikan insentif baharu iaitu pengecualian cukai sebanyak RM 1,000 bermula tahun ini untuk perbelanjaan berkaitan aktiviti sukan seperti yuran penyertaan pertandingan, yuran gimnasium dan latihan sukan,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru agar bersukan bukan sekadar sekali setahun pada Hari Sukan Negara. Kerajaan berharap agar masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas sepanjang tahun. Ini sekaligus menyokong hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Bersukan”.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation