Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Luar Pantai Costa Rica pada jam 1:43 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 1:43 pagi, 13 Oktober 2024
Koordinat
: 10.6° Utara 86.1° Barat
Lokasi
: Luar Pantai Costa Rica
Magnitud
: 6.2
Jarak
: 1,601km Tenggara dari Puebla,Mexico
Kedalaman
: 62 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment