Azura Abidin KP Jabatan Belia dan Sukan Negara baharu
15 Oktober 2024 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantian Puan Azura Abidin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (KP JBSN) yang baharu berkuat kuasa pada 14
Oktober 2024.
Menurut KBS, Puan Azura Abidin, 56 tahun merupakan KP JBSN yang ke-8. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga ditauliahkan dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia: Pengurusan Kerja Belia (Tahap 5).
“Beliau telah memulakan perkhidmatan di KBS pada 2001 di Bahagian Pembangunan Sukan KBS. Dalam tempoh 23 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KBS.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Rakan Muda, Pesuruhjaya Sukan dan Bahagian Industri Sukan, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Pengarah Bahagian Pengurusan IYRES, Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia dan penempatan sebelum menjadi KP JBSN adalah sebagai Pengarah di Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).
KBS yakin YBrs. Puan Azura Abidin dapat menerajui perkhidmatan belia dan sukan dengan cemerlang dan meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi dalam pembangunan belia dan sukan akar umbi seterusnya meningkatkan lagi kualiti belia dan sukan negara ke tahap yang lebih tinggi demi masa depan generasi pewaris negara. Beliau juga akan meningkatkan intergriti di kalangan warga
Jabatan Belia dan Sukan Negara seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia.” kata KBS.
Be the first to leave a comment