KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik Belanjawan 2025 yang turut mengangkat martabat rakyat menerusi lonjakan reformasi ekonomi dari sudut kemampanan sumber tenaga dan air.
Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata Belanjawan 2025 memfokuskan kepada pembangunan sektor tenaga dan air, dengan jumlah peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM4.95 bilion. Ia meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM362.67 juta dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.59 bilion.
“Dengan situasi semasa perubahan iklim yang semakin ketara hingga mengakibatkan cuaca ekstrem dan mendorong kepada kejadian banjir, PETRA terus komited untuk melaksanakan projek Tebatan Banjir
sebagaimana diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2025.
Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan lapan (8) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM540 juta.” kata Fadillah.
Tambahnya, 12 projek RTB dengan kos RM3 bilion telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada tahun 2024 dan berjalan mengikut jadual yang melibatkan :
“Dalam menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain, sebagai langkah segera, penyaluran RM150 juta kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai.” kata Fadillah.
Antara pengumuman lain menerusi Belanjawan 2025 kali ini yang berkaitan PETRA adalah:
i) Kemudahan lebih RM300 juta yang disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga, bagi menggalakkan lagi pelaksanaan inisiatif dan projek berkaitan peralihan tenaga.
ii) Program Net Energy Metering (NEM) dilanjutkan kepada 30 Jun 2025 agar lebih banyak bumbung premis dimanfaatkan untuk pemasangan solar photovoltaic (PV).
iii) Pelaksanaan Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) diteruskan dengan pembiayaan sebanyak RM1 bilion sehingga tahun 2026.
iv) Beberapa projek National Energy Transition Roadmap (NETR) juga memasuki fasa pelaksanaan iaitu Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau Terengganu – 1,000 megawatt dan Program Large Scale Solar (LSS).
v) Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau Terengganu – 1,000 megawatt; dan
Program Large Scale Solar (LSS). Peruntukan RM70 juta yang disediakan bagi menggalakkan pembelian kelengkapan elektrik cekap tenaga dalam bentuk e-rebat bagi pengguna domestik dan sektor industri. Dengan pelaksanaan program ini, negara dapat menjimatkan 571 Gigawat jam setahun bersamaan dengan RM112 juta.
vi) Pelaksanaan Kontrak Prestasi Tenaga untuk semua agensi Kerajaan sebagai salah satu inisiatif kecekapan tenaga di sektor awam (Government Lead by Example).
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment