• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PDRM akan pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya dengan beramanah dan urus tadbir kewangan terbaik – KPN

Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik insentif Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, PDRM sangat menyambut baik dan menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan-peruntukan berikut yang bakal dinikmati secara langsung oleh seluruh warga PDRM seperti berikut :

  1. Lebih RM2.12 bilion peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN demi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu.
  2. Beberapa pejabat polis baharu akan dibina dengan kos RM2.1 bilion antaranya melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan balai polis Tanjung Minyak, Melaka.
  3. RM5 juta disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah susulan kekangan bekalan air di kawasan Esszone, Sabah.
  4. Lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan rumah keluarga angkatan tentera.
  5. Bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, skim Ex-Gratia bencana kerja akan diperluas dan dipermudah iaitu Ex-Gratia operasi RM50,000, Ex-Gratia pukal RM20,000 dan kadar elaun layanan sentiasa dari RM500 ke RM1500.
  6. Sejumlah RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara antaranya untuk membina baharu dan menaik taraf ICQS di Rantau Panjang, Bukit Berapit dan Wang Kelian; membina dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung, Sabah dan membekalkan badan penguat kuasa dengan teknologi dron dan AI untuk meningkatkan capaian kawasan boleh diawasi.
  7. Penyumberluaran rawatan di Institut Jantung Negara yang melibatkan pesara kerajaan serta jalinan kerjasama 91 hospital swasta untuk mewujudkan persaingan harga terbaik buat kerajaan.
  8. LPPSA akan menyediakan dana untuk penjawat awam membeli rumah yang dibina di atas tanah wakaf dan memperkenalkan skim pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun untuk penjawat awam muda.
  9. Peruntukan RM20 juta untuk memperhebatkan peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan.
  10. Program APEL.Q diperkenalkan di bawah kendalian INTAN untuk penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15 ribu ditanggung oleh kerajaan.
  11. Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan.

“PDRM akan memastikan segala insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya dengan beramanah dan urus tadbir kewangan terbaik, demi memelihara ketenteraman dan keamanan negara sejajar dengan usaha kerajaan mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara berteraskan Ekonomi Madani.

PDRM kekal komited dengan fokus menyampaikan perkhidmatan berpaksikan integriti dan tata kelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.” ujar Razarudin.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation