• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

EWON SAKSIKAN PENYERAHAN BAYARAN CUKAI SKM KEPADA LHDN

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyaksikan penyerahan replika cek bayaran cukai berjumlah RM55,223,461.56 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.

Pembayaran cukai itu melibatkan empat Kumpulan Wang SKM meliputi Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan wang Amanah Pembangunan Koperasi, Kumpulan Wang Likuiditi Pusat dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi. 

Pembayaran ini merupakan satu tanggungjawab SKM sebagai badan Kerajaan yang melaksanakan pembayaran cukai kepada Kerajaan.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengerusi SKM Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengarah Negeri LHDNM Wilayah Persekutuan Dato’ Azhar Husin, Ketua

Pengarah Eksekutif SKM Datuk Rusli Jaafar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN Shaharuddy Othman.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

24 OKTOBER 2024

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation