TENAGA PENGAJAR PERLU SIAP SIAGA UNTUK PENDIDIKAN 5.0

Spread the love

Oleh: Sharina Binti Mohd Salleh, Lecturer, Department of Accounting & Finance, UNITEN-Business School (UBS), Universiti Tenaga Nasional

Dalam landskap pendidikan yang sentiasa berkembang, peralihan daripada kaedah tradisional kepada platform digital telah membuka jalan kepada paradigma pembelajaran yang lebih inovatif. Semasa pandemik Covid-19, kehidupan seharian menjadi lebih digital, begitu juga sistem pendidikan di Malaysia. Kelas dalam talian dan pembelajaran jarak jauh telah digunakan oleh tenaga pengajar untuk melancarkan sesi pembelajaran dan pengajaran. Ketika itu, tenaga pengajar dan pelajar perlu menyesuaikan diri dengan kadar segera untuk menghadapi situasi sukar kehidupan sewaktu pandemik melanda. Kesannya, Covid-19 mampu membentuk individu yang mempunyai emosi yang lebih cerdas.

Pada masa kini, peralihan daripada Pendidikan 4.0 yang bercirikan penyepaduan teknologi pintar dengan hanya memberi tumpuan untuk menyediakan pelajar di dunia digital kepada era pendidikan baru. Pendidikan 5.0 merupakan transformasi pendidikan secara menyeluruh yang mengutamakan aksesibiliti, keterangkuman, dan personalisasi.

Dengan mengadaptasi kebijaksanaan buatan (artificial intelligence), realiti maya (virtual reality), realiti tambahan (augmented reality), pengkomputeran awan (cloud computing), analisis data besar (big data analytic) dan teknologi baru yang lain; ia mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran tanpa batasan, samada lokasi fizikal, waktu, bahasa, atau halangan pembelajaran secara tradisional yang lain.

Institusi pendidikan boleh mengintegrasikan aspek-aspek tersebut ke dalam perancangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran seperti, kerja kolaboratif, hubungan interpersonal yang lebih baik, empati, dan toleransi, kreativiti, pengurusan konflik dan komunikasi yang lebih lancar.

Pendidikan 5.0 menumpukan pada menyediakan pengalaman pembelajaran yang dipersonalisasi dan disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan setiap pelajar. Ini boleh dicapai dengan menggunakan kebijaksanaan buatan (artificial intelligence) untuk merancang pelan pembelajaran individu dan menyesuaikan pengajaran secara langsung berdasarkan kemajuan dan kemampuan pelajar.

Pendidikan 5.0 juga menggalakkan kolaborasi dan keterhubungan antara pelajar dan tenaga pengajar. Ini dapat dicapai melalui teknologi seperti realiti maya (virtual reality), realiti tambahan (augmented reality), dan internet pelbagai benda (internet of things), yang membolehkan pengalaman pembelajaran interaktif.

Penglibatan pelajar, penyertaan dalam kerja kumpulan, serta kemahiran komunikasi dan kerjasama seperti penyelesaian konflik dan kebolehan menyelesaikan masalah juga perlu diambil kira di dalam penilaian prestasi pelajar.

Pendidikan 5.0 juga menumpukan kepada pembangunan kemahiran seperti pemikiran kritis, kreativiti, dan penyelesaian masalah, bukan sekadar pembelajaran secara hafalan. Ini dapat dicapai melalui penggunaan teknologi seperti pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran berasaskan projek, dan kaedah pembelajaran aktif yang lain.

Konklusinya, Pendidikan 5.0 mampu menyediakan pengajaran yang lebih berperikemanusiaan, dengan penekanan pada pembangunan sosial dan emosi pelajar serterusnya menggalakan meningkatkan kualiti hidup sesebuah masyarakat. Era pendidikan baru ini mampu melengkapkan pelajar dari semua peringkat usia dengan kemahiran, pengetahuan, dan kebolehsuaian yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan dalam dunia yang serba berubah dan mencabar ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation