Shopee Affiliate Pacu Pertumbuhan Hebat buat Jenama Malaysia di Shopee Mall

Spread the love

Para Affiliate Menggunakan Shopee Live dan Shopee Video untuk Memacu Pertumbuhan Keuntungan 59%

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Program Shopee Affiliate telah menjadi enjin utama pertumbuhan jenama Malaysia di Shopee Mall yang memacu ketara keterlihatan dan jualan penjual. Dengan menggunakan kandungan digital dan kerjasama bersama pempengaruh, jenama dan pengedar sah telah mencapai kejayaan hebat dengan peningkatan keuntungan sebanyak 59% dan peningkatan ketara dalam pesanan harian sepanjang tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Impak Shopee Affiliate dapat dilihat dengan lebih ketara semasa kempen Shopee 10.10 Festival Jenama yang baru berakhir dimana hampir satu juta Shopee Videos dicipta yang menghasilkan peningkatan jualan 36 kali ganda untuk penjual baharu di Shopee Mall berbanding hari membeli-belah biasa. Kenaikan ini membolehkan jenama tempatan untuk berhubung dengan audiens yang lebih luas.

Para affiliate telah menggunakan ciri inovatif seperti Shopee Live dan Shopee Video secara efektif untuk menjana trafik ke kedai penjual, meningkatkan kesedaran jenama dan mencapai kejayaan hebat buat

mereka. Penstriman langsung sahaja menyumbang kepada peningkatan hasil 980% bagi penjual di Shopee Mall berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan jumlah sesi langsung meningkat sebanyak 491% yang selanjutnya menambah jumlah pesanan harian secara signifikan. Bersama affiliate yang mencipta kandungan menarik, jenama tempatan dari pelbagai kategori produk boleh menjana kesedaran jenama luar biasa dan hubungan yang lebih mendalam dengan audiens.

Tahun ini, pemasaran yang dipacu pempengaruh, bersama dengan penggunaan berkesan alat perniagaan seperti Shopee Live dan Shopee Video, telah melonjakkan jenama Malaysia di Shopee Mall ke tahap baharu. HABIB yang dikenali dengan rekaan unik dan bertaraf dunia berterusan menguasai pasaran barang kemas, Panda Eyes yang menawarkan pakaian sopan dan bergaya sesuai dengan cita rasa pengguna Malaysia menerajui fesyen Muslimah, Dr. Cardin pula menjadi pilihan utama untuk kasut yang selesa. Alpro Pharmacy yang menawarkan produk yang dipercayai bagi memenuhi keperluan pelanggan berjaya dalam kategori Kesihatan & Kecantikan. Dalam kategori Elektronik, Vinnfier Malaysia menonjol dengan aksesori audio berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

Dalam kategori Rumah & Gaya Hidup, TTRacing dari Perak cemerlang dengan kerusi gaming yang popular. Henry Ting, pengasas TTRacing berkata: “Kolaborasi dengan pempengaruh melalui Shopee Affiliate telah menjana trafik baharu yang menyumbang 30% kepada jualan bulanan kami. Strategi ini telah menggandakan pesanan kami dalam tempoh enam bulan dan meningkatkan jualan sebanyak 188%. Kami komited untuk terus menggunakan program Shopee Affiliate ini untuk terus berjaya.”Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia menyatakan komitmen Shopee untuk terus memperkasa jenama tempatan dengan menghubungkan jenama dengan audiens yang tepat: “Secara strategik, Shopee memadankan affiliates dengan jenama tempatan berdasarkan personaliti, demografi audiens, dan kesesuaian jenama unik untuk membantu penjual mencapai pelanggan dengan impak yang lebih besar. Dengan alat perniagaan efektif seperti Shopee Live dan Shopee Video, pendekatan ini membolehkan jenama memperluaskan kecapaian pelanggan, meningkatkan jualan dan membina hubungan lebih mendalam dengan pelanggan, lalu menambah kredibiliti jenama, dan selanjutnya menyumbang kepada ekonomi tempatan.”

Dalam meraikan kejayaan dan sumbangan hebat Shopee Affiliate, Shopee akan menganjurkan Shopee Superstar Awards yang akan diadakan buat julung-julung kalinya pada 29 Oktober ini. Majlis ini meraikan kreativiti, inovasi dan dedikasi affiliates dalam memacu pertumbuhan jenama dan mengiktiraf peranan penting affiliates dalam memperkayakan landskap e-dagang Malaysia dan menyumbang kepada ekonomi. Majlis anugerah ini akan distrim langsung di saluran Shopee Mamak di Shopee Live bermula jam 6 petang.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation