Zurich Malaysia Lantik Pauline Teoh sebagai

Spread the love

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia Berhad

Pauline Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Pauline Teoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 1 November 2024. Pauline membawa pengalaman lebih 25 tahun dalam industri insurans, setelah menjawat pelbagai jawatan kepimpinan kanan di beberapa institusi kewangan terkemuka di rantau Asia Pasifik (APAC).

Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan pelantikan Pauline sebagai CEO ZLIMB yang baru. Pengalaman luas, pengetahuan industri, dan kemahiran kepimpinannya yang tinggi menjadikan beliau sebagai individu yang paling sesuai untuk memacu perniagaan ZLIMB menerusi pertumbuhan, pempelbagaian, pemudahan dan inovasi. Pauline akan melapor kepada saya dan menjadi sebahagian daripada majlis kepimpinan kami selaras dengan pendekatan OneZurich di bawah Zurich Malaysia.”

“Komitmen Pauline terhadap penyampaian penyelesaian yang mengutamakan pelanggan selari dengan misi Zurich Malaysia untuk menyediakan produk insurans berinovatif, memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah. Kami yakin beliau akan memainkan peranan penting dalam memacu inisiatif yang akan meningkatkan lagi daya saing ZLIMB dalam sektor insurans.” tambah Cho.

Pauline merupakan seorang yang amat disegani dalam industri insurans, dengan rekod cemerlang dalam memacu pertumbuhan perniagaan, transformasi digital, pengurusan perkongsian, jualan dan pengedaran, serta pengurusan risiko kewangan. Pauline memiliki Ijazah Sarjana Muda Matematik, Sains Aktuari dan Ekonomi dari University of Waterloo, Kanada dan merupakan Felow Persatuan Aktuari.

Pauline ketika mengulas mengenai pelantikan beliau berkata, “Saya berbesar hati kerana dilantik untuk menerajui ZLIMB dan berharap dapat menyumbang kepada kejayaan berterusan syarikat. Komitmen Zurich Malaysia terhadap inovasi dan mengutamakan pelanggan sememangnya selari dengan nilai saya sendiri, dan saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan pasukan di sini untuk terus menyampaikan penyelesaian terbaik yang benar-benar melindungi segala perkara yang bermakna untuk rakyat Malaysia, sambil membina masa depan yang lebih cerah bersama.”

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation