Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri
Fakulti pergigian sekali lagi mengambil langkah proaktif menyahut cabaran universiti dalam memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan dan khidmat masyarakat seperti yang tertulis didalam visi UiTM iaitu menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
Menariknya program pada tahun ini, selain aktiviti keusahawan yang dijalankan oleh pelajar sejak Januari yang lalu, dengan tema “Together We Share” Program Dental Sure Havoc 3.0 ini fokus mendekati perkampungan masyarakat orang asli yang disertai oleh 20 orang pelajar tahun 2 Fakulti Pergigian UiTM, diselia oleh 4 orang pensyarah dari jabatan Sains Pra-Klinikal dan dibantu oleh 9 orang alumni dan para sukarelawan yang berbesar hati untuk sama-sama turut serta menjayakan program ini.
Menurut Pengarah Program, saudara Mohamad Hanis Hakim Bin Kasudinata, Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini di susun padat dengan pelbagai aktiviti. Antaranya adalah pameran dan ceramah kesihatan pergigian diketuai oleh alumni yang dikhususkan kepada golongan dewasa selain pameran dan permainan berkonsepkan STEM oleh para pelajar tahun 2 untuk memupuk minat anak-anak orang asli kepada sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan. Dengan kerjasama guru Tabika KEMAS Bkt Manchung, Cikgu Diana binti Tentu, anak-anak berusia 5 dan 6 tahun ini didedahkan dengan demonstrasi teknik menggosok gigi yang betul, ceramah penjagaan gigi, pertandingan mewarna serta diet seimbang dan penyediaan sandwich.
Bagi kategori dewasa pula, pemeriksaan perubatan (basic medical check-up) telah dijalankan kolaborasi bersama pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan jururawat dan pembantu perawatan kesihatan dari Pasukan Kesihatan Bergerak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor yang diketuai oleh Dr Fatin Atiqah binti Ali Yusof selain pemeriksaan kesihatan pergigian oleh alumni Fakulti Pergigian. Pemeriksaan perubatan dan pergigian secara berkala membolehkan pengesanan masalah kesihatan lebih awal, selain mengekalkan kesihatan keseluruhan dan mencegah masalah masa depan.
Tidak ketinggalan, eleman keushawanan juga diserapkan dalam aktiviti yang dijalankan untuk memberi pendedahan, membuka ruang dan minda penduduk kampung orang asli tentang keushawanan kendiri yang dapat meningkatkan taraf kehidupan usahawan wanita. Kaum ibu di ajar membuat bunga kawat dan kebolehan anak remaja perempuan dalam bidang persolekan dinilai dalam pertandingan make up dan diakhiri dengan aktiviti sukaneka bersama penduduk Kg Bukit Manchung dan tazkirah maghrib. Kemuncak kepada aktiviti kemasyarakatan ini adalah aktiviti gotong royong menceriakan dan menambahbaik surau Kampung Orang Asli Bukit Manchung yang dibantu oleh penduduk kampung. Majlis penutup perasmian program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pergigian, Prof Dr Aida Nur Ashikin Abd Rahman, para penyumbang, dan penduduk kampung.
“Terima kasih kepada Tok Batin, En. Johari bin Amat yang telah memberikan sokongan dan kerjasama padu sepanjang program ini berlangsung. Program ini telah berjaya memberi impak positif dari sudut kepimpinan dan pengurusan diri dan masa kepada pelajar-pelajar tahun 2 Fakulti Pergigian sekaligus menerapkan konsep ESI-iDART”, tambah Ts Dr Norhayati Liaqat Ali Khan selaku penyelia dan pensyarah pengiring bagi program ini.
Profesor Madya, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Pengetua, Kolej Kediaman Ibnu Sina (KK6),Universiti Malaya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment