Rakyat Malaysia Berjimat Hebat dengan Menebus 38 Juta Baucar Shopee
KUALA LUMPUR, 13 November 2024 – Shopee 11.11 Jualan Hebat mencatatkan satu lagi pencapaian pecah rekod bagi usahawan Malaysia, dengan penjual Shopee Live tempatan mencapai peningkatan jualan hebat sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa. Kejayaan ini menunjukkan peranan penting Shopee Live dalam ekosistem platform e-dagang, menggabungkan hiburan dengan e-dagang untuk membawakan hasil hebat.
Pengguna juga tidak melepaskan peluang untuk memaksimumkan penjimatan mereka, dengan menebus 38 juta baucar melalui promosi Shopee Live, promosi seluruh platform, dan promosi eksklusif kedai penjual. Baucar ini membolehkan pengguna menikmati tawaran hebat, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, dan produk Dijamin Harga Terendah, yang mengukuhkan kedudukan Shopee sebagai platform pilihan untuk pembelian yang berbaloi.
Pada 11.11 sahaja, pengguna menebus lebih daripada 29 juta Syiling Shopee di Shopee Live. Pembeli menonton penstriman penjual dan jenama kegemaran mereka, termasuk Clashe, Dazzle Me, ELGINI Apparel, Gun Pet Outlet, Indah Pesona Concept Store, Mega Deal, Momo House, Panda Eyes, dan SKINTIFIC untuk mengajukan soalan, meminta cadangan produk, dan mendapatkan pandangan pakar. Ini mengukuhkan keupayaan Shopee Live untuk membina kepercayaan dan memberikan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan secara langsung.
Kejayaan kempen ini diserlahkan lagi dengan penjualan lebih 2.5 juta produk dalam tempoh dua jam pertama pada hari kemuncak kempen. Prestasi awal yang kukuh ini mencerminkan trend peningkatan dalam kalangan pengguna untuk membeli secara strategik dan memanfaatkan promosi eksklusif pada permulaan kempen untuk mendapatkan nilai terbaik.
“Shopee 11.11 Jualan Hebat tahun ini membuktikan pertumbuhan dan inovasi jenama serta penjual tempatan kami. Penjual tempatan baharu yang pertama kali menyertai 11.11 berjaya meningkatkan jualan mereka sebanyak 22 kali ganda berbanding hari biasa. Ini mengukuhkan dedikasi Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan, membantu mereka mengakses pasaran digital untuk meluaskan jangkauan dan mencapai pertumbuhan mampan,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Kategori paling popular semasa 11.11 Jualan Hebat adalah Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, dan Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan, dipacu oleh permintaan terhadap tudung kain kapas, jersi Muslimah, alat solek cushion foundation, tisu muka, dan t-shirt kain kapas. Sementara itu, pembeli secara proaktif mencari peralatan teknologi dan fesyen, termasuk powerbank, sandal wanita, selipar wanita, baju kurung, dan blaus wanita. Kepelbagaian produk yang ditawarkan menunjukkan kemampuan Shopee untuk memenuhi pelbagai keperluan asas dan gaya hidup buat semua.
Walaupun Lembah Klang terus menjadi pasaran utama, 11.11 Jualan Hebat turut menyaksikan pertumbuhan ketara dari kawasan lain. Bandar utama di luar Lembah Klang yang turut menyaksikan pertumbuhan ketara termasuk Johor Bahru, Kinta, Seremban, Kuantan, dan Melaka Tengah. Penglibatan serantau ini menunjukkan komitmen Shopee untuk memperkasakan komuniti tempatan dan menyediakan akses untuk semua pengguna di seluruh negara.
“Shopee tetap komited untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan membentuk masa depan e-dagang di Malaysia. Dengan memanfaatkan maklumat berpacukan data dan teknologi inovatif, Shopee mahu terus meningkatkan pengalaman membeli-belah serta mencipta lebih banyak peluang buat penjual, jenama, dan pembeli-belah. Bersama-sama, kita boleh membina ekonomi digital yang kukuh dan memanfaatkan seluruh pengguna Malaysia,” tambah Tan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment