TV AlHijrah membawakan satu inisiatif baharu dalam menjalankan misi dakwah platform digital dengan melancarkan IQRA, sebuah program celik al-Quran di aplikasi TikTok.
Dengan kerjasama Darul Fikir, program ini bertujuan menghidupkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat berilmu yang berlandaskan prinsip rohani dan intelektual, menjadikan al-Quran sebagai asas kehidupan seharian.
IQRA dilihat mampu menjadi platform yang menjadikan Malaysia sebagai negara unggul dalam ilmu dan akhlak, di mana al-Quran menjadi teras kehidupan seharian.
Ini selari dengan hadis Nabi SAW tentang kelebihan membaca al-Quran yang berbunyi: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (Riwayat Muslim).
Disiarkan pada setiap hari, jam 9 malam, rancangan ini akan membawa penonton untuk mempelajari asas-asas bacaan al-Quran, kaedah tarannum, tajwid, serta mendalami makna ayat-ayat suci melalui pendekatan yang santai dan interaktif.
Menariknya, para pelayar laman Tik Tok TV AlHijrah akan dibimbing oleh Ustaz Ammar Mukhlis, Tilmiz Fahmi, dan Tilmizah Maghfirah dalam mendalami asas al-Quran menerusi 79 kapsul harian berdurasi 2 minit yang ringkas, namun mendalam dalam setiap sesi, sesuai untuk semua peringkat umur.
Pembelajaran dalam program ini bermula dengan asas Iqra 1 hingga Iqra 4, meliputi pengenalan huruf hijaiyah, makhraj huruf, sifat huruf, dan teknik bacaan yang dipermudahkan.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam IQRA di TikTok TV AlHijrah. Pastinya, rancangan ini mampu menjadikan perjalanan pembelajaran Al-Quran anda menjadi mudah, santai, dan inspiratif.
Pastikan anda mengikuti akaun TikTok TV AlHijrah untuk bersama-sama menyemarakkan program ini. Ayuh kita bersama membentuk generasi yang celik al-Quran dan berakhlak mulia.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment