TEATER ‘SALINA’ ADAPTASI NOVEL KARYA AGUNG SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID DIPENTASKAN DI KOTA KINABALU

Spread the love
Poster Karya Agung : Teater Salina Adaptasi Novel Karya Agung Sasterawan Negara A. Samad Said


KOTA KINABALU, 28 Nov (Bernama) —
 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dan Stage Production (STAGE.PRO) akan mempersembahkan Teater Salina, sebuah adaptasi novel karya agung Sasterawan Negara A. Samad Said yang diadakan di Auditorium, Kompleks JKKN Sabah, Kota Kinabalu pada 29 dan 30 November 2024 (Jumaat dan Sabtu) jam 8.00 malam.
 
Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat negeri dan juga negara selain bertujuan menyemarakkan dan mengangkat karya seni, sastera, teater warisan, dan karya agung tempatan. Hasil kerjasama antara JKKN Sabah dan Stage Production merupakan satu usaha untuk terus menyemarak dan mengembangkan seni teater dalam kalangan generasi muda di Sabah.
 
Salina adalah karya yang mengangkat tema kemanusiaan, ketabahan, dan pengorbanan dalam suasana pasca-perang di Malaysia pada era 1940-an. Ia menyoroti kehidupan rakyat biasa yang berjuang untuk kelangsungan hidup dalam situasi yang penuh ketidakpastian dan kesulitan. Sebagai salah satu karya sastera terbaik A. Samad Said, Salina telah mengukir sejarah dalam dunia penulisan dan sastera Malaysia, dan kini akan dibawa ke pentas dengan sentuhan produksi yang penuh berkesan. Pementasan teater ini diolah dan diarahkan oleh Shah Zainal membariskan seramai 60 pelakon dan tenaga produksi tempatan yang berbakat dengan arahan seni yang penuh kreativiti bagi memastikan naskhah hebat ini dihidupkan di atas pentas. Selaku Pengarah Shah Zainal juga berjanji untuk memberikan pengalaman yang tidak hanya memukau dari segi persembahan, tetapi juga mendalam dari aspek emosi dan intelektual.
 
“Pementasan ini bukan sahaja bertujuan mengangkat karya agung ke platform teater, tetapi juga sebagai usaha memupuk minat terhadap karya Sasterawan Negara. Teater ini adalah penghormatan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said dan sumbangannya kepada dunia sastera. Kami mahu penonton tidak hanya menikmati persembahan ini tetapi juga menghargai nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam kisah Salina. Pementasan ini juga telah menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat, termasuk pelajar, pencinta seni, dan penggemar karya sastera klasik.” menurut Jasmi Rasit, Pengarah JKKN Sabah yang juga selaku Pengarah Artistik dalam kenyataannya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation