KOTA KINABALU, 1 Disember – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempromosi dan memasarkan produk mereka secara dalam talian.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berharap kerjasama itu akan membantu memperkasa dan meningkatkan lagi jualan usahawan PMKS.
“TEKUN Nasional iaitu agensi di bawah KUSKOP akan bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk membina satu Live Studio di TEKUN Sabah dan juga Sarawak bagi membolehkan usahawan kita memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.
“Ini adalah antara usaha kementerian membantu usahawan termasuk usahawan INSKEN untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara live dalam studio yang kita bangunkan kelak.
“Mudah-mudahan pada Februari tahun depan kita dapat melancarkan studio TikTok di
TEKUN yang pertama di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sabah 2024 di SICC Kota Kinabalu, semalam.
Ewon berkata, pada masa yang sama hab PMKS juga akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak pada tahun depan bagi memberi ruang kepada usahawan di Wilayah Borneo memasarkan perkhidmatan dan produk mereka.
Selain itu, beliau juga berharap agar Yayasan Bank Rakyat (YBR) terus menyalurkan dana untuk membiayai yuran usahawan yang menyertai kursus di INSKEN seperti yang dimulakan pada tahun ini, di Sabah dan Sarawak.
“Mudah-mudahan ada lagi pihak lain yang boleh bekerjasama atau menjadi rakan strategik pelaksanan program bimbingan INSKEN bukan hanya di Sabah dan Sarawak tetapi seluruh negara,” katanya.
Ewon berkata, usahawan-usahawan terbaik yang menerima bimbingan dan latihan daripada INSKEN juga akan dibantu untuk mendapatkan geran padanan atau pembiayaan daripada agensi-agensi pembiayaan di bawah KUSKOP.
“Bagi gaduan yang menerima sijil daripada INSKEN, kita akan serahkan senarai nama mereka kepada agensi pembiayaan di bawah kementerian seperti SME Corp, Malaysia, SME Bank, TEKUN Nasional dan Bank Rakyat untuk membantu mereka mendapatkan pembiayaan yang sesuai bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya.
Pada majlis itu seramai 144 usahawan Sabah iaitu 120 peserta Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan 24 daripada Program INSKEN Start-Up Coaching berjaya menamatkan program bimbingan yang dilaksanakan antara 4 hingga ke 6 bulan.
Ewon berkata, hasil daripada program ini, kesemua usahawan berkenaan berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak RM4.3 juta, mewujudkan sebanyak 87 peluang pekerjaan baharu, sembilan perniagaan bertukar status mikro kepada kecil dan 321 peratus peningkatan skor diagnostic.
“Selain itu, INSKEN juga komited dalam memastikan segala kos yang dibelanjakan untuk melaksanakan program ini, dapat memberi pulangan kepada ekonomi negara.
“Bagi Program IBBC, setiap RM1 yang dibelanjakan ketika menjalankan program ini, ia memberi pulangan sebanyak RM6.70 kepada ekonomi negara,” katanya.
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
1 DISEMBER 2024
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment