KAJIAN BAHARU TRAVELOKA DEDAH PERUBAHAN TREND PELANCONGAN DI ASIA-PASIFIK

Spread the love

·   Kajian melibatkan kira-kira 12,000 responden meliputi sembilan pasaran mendedahkan tabiat pelancongan baharu, dari pemilihan nilai harga sehinggalah ke pilihan pelancongan lebih hijau yang membentuk lanskap pelancongan masa hadapan Asia-Pasifik.
·   Di Malaysia, 82% pengembara Malaysia cenderung kepada pilihan pelancongan lebih hijau, dengan catatan peratusan lebih tinggi berbanding purata rantau. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Dis (Bernama) — Traveloka, platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara dengan kerjasama YouGov berkongsi mengenai dapatan kajian baharu mereka, “Travel Redefined: Understanding and Catering to the Diverse Needs of APAC Travellers”Dapatan kajian ini adalah hasil daripada respon daripada kira-kira 12,000 responden meliputi sembilan negara(1), dengan kira-kira 1,000 responden merupakan dari Malaysia. Kajian ini mendedahkan maklumat tabiat dan kecenderungan pelancongan yang semakin berkembang yang membentuk lanskap pelancongan di Asia Pasifik. Tambahan, kajian ini turut memberikan maklumat bersama tindakan yang boleh diambil dalam menjangkakan trend dan menghasilkan pengalaman pengembara yang bermakna buat tahun 2025 dan tahun-tahun seterusnya.
 
“Asia-Pasifik merupakan sebuah rantau dengan peluang yang luas, namun kepelbagaian budaya di rantau ini memerlukan kreativiti dan pendekatan yang tersendiri. Untuk berjaya dalam lanskap pelancongan yang dinamik ini, penyedia pelancongan perlu mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap keperluan unik pasaran yang pelbagai. Kejayaan boleh dikecapi dengan mengolah strategi inovatif melalui dapatan kajian, sekaligus membawa pengembara lebih dekat kepada pengalaman yang mereka mahukan,” kata Caesar Indra, Presiden Traveloka.
 
Pengembara Malaysia: Ketenangan di Kawasan Pergunungan Bagi Pelancongan Santai
Di Malaysia, kajian mendedahkan berehat dan memulihkan tenaga merupakan tujuan utama 31% rakyat Malaysia memilih untuk menjalani pelancongan santai, ini merupakan catatan peratusan yang lebih tinggi berbanding purata serantau sebanyak 26%. Sebagai contoh, kebanyakan pengembara di Malaysia cenderung memilih destinasi berunsurkan alam semulajadi dengan kawasan pergunungan mendahului senarai pemilihan dengan 59%, diikuti 57% bagi kawasan pantai dan 42% bagi tapak budaya dan sejarah. Ini mencerminkan keutamaan dan motivasi yang membentuk pemilihan keputusan pelancongan mereka.
 
Pelancongan domestik menjadi pilihan utama
Di rantau Asia-Pasifik, pelancongan domestik kekal sebagai pemacu utama dalam pemulihan sektor pelancongan dan ia juga tidak terkecuali bagi Malaysia. Sebanyak 37% pengembara memilih untuk meneroka destinasi domestik, dikukuhkan oleh faktor seperti harga, kemudahan dan juga keselamatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 24% responden dari Malaysia mempunyai kecenderungan seimbang bagi perjalanan destinasi antarabangsa, sama seperti di pasaran Korea Selatan (24%) dan Australia (27%).
 
Harga Memainkan Peranan Dalam Membuat Keputusan
Seperti di pasaran Asia-Pasifik lain, harga merupakan faktor penentu kritikal di Malaysia dengan 46% responden menyatakan bahawa kemampuan membayar menjadi keutamaan pemilihan penginapan. Ini membuktikan bahawa kos boleh menjadi faktor penentu bagi pengembara untuk mempertimbangkan destinasi yang pada awalnya tidak menjadi pilihan, manakala sebanyak 39% rakyat Malaysia meletakkan promosi dan diskaun sebagai faktor utama berbanding faktor-faktor lain seperti 35% bagi cadangan dari keluarga dan sahabat-handai dan 32% bagi acara dan festival istimewa. Ketika melancong, rakyat Malaysia juga mencatatkan kecenderungan sebanyak 70% untuk menggunakan kad debit dan kredit bagi pembayaran, jumlah lebih tinggi berbanding pilihan lain seperti tunai (62%) dan aplikasi pembayaran lain (45%).
 
Pendekatan Utama Digital: Media Sosial dan platform pelancongan mentakrifkan cara baharu merancang percutian
Bercakap mengenai alat digital untuk merancang percutian, pengembara di Malaysia mencatatkan 52% kebergantungan terhadap media sosial semasa merancang percutian mereka berbanding pengembara serantau pada 42%, ini diikuti oleh platform pelancongan seperti Traveloka pada 49%. Majoriti rakyat Malaysia melahirkan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap platform seperti Traveloka, dengan 78% mempunyai tahap keyakinan sederhana terhadap langkah keselamatan Traveloka yang membantu memudahkan proses tempahan dan menyediakan pilihan yang fleksibel. Untuk memperoleh maklumat mengenai destinasi pelancongan baharu, pengaruh media sosial yang semakin meningkat memainkan peranan penting dalam membentuk keputusan pelancongan dengan 64% rakyat Malaysia beralih kepada platform sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai destinasi baharu, mengatasi sumber yang lebih tradisional seperti cadangan keluarga (52%) dan laman web dan blog pelancongan (48%).
 
Pelancongan Hijau Semakin Mendapat Perhatian
Akhir sekali, kemampanan kian memainkan peranan penting dalam pilihan pelancongan dengan 82% pengembara Malaysia menjadi ia salah satu faktor dalam membuat keputusan. Ini sejajar dengan purata serantau sebanyak 80% dan membantu dalam mengetengahkan peluang bagi penginapan mesra alam dan hotel dengan amalan hijau, termasuk menjalankan pelancongan eko dan aktiviti berasaskan komuniti di Malaysia untuk meraih tarikan dalam pasaran.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation