AYUH PEMUZIK INDIE: PENYERTAAN ANUGERAH LAGU INDIE 2024 (ALI24) KINI DIBUKA.

Spread the love

Puchong, 3 Januari 2025 – Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24) kini kembali! Penyertaan kini dibuka kepada pemuzik indie dari seluruh Malaysia bermula 1 Januari 2025, dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2025, jam 11:59 malam. Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui laman web rasmi: www.anugerahlaguindie.com.

Genre atau kategori yang dipertandingkan adalah Pop, Rock dan HipHop. Top 30 bagi setiap kategori (iaitu sejumlah 90 buah lagu yang akan merebut hadiah terkumpul berjumlah RM36,000) akan dipilih dan diumumkan antara 24 hingga 30 Mac 2025.

Apa Itu Lagu Indie?

Lagu yang layak untuk ALI24 mestilah memenuhi kriteria berikut. Penyertaan yang tidak memenuhi kriteria ini akan dibatalkan penyertaannya atas budi bicara penganjur, dan keputusan adalah muktamad.

  • Keaslian – Lirik dan muzik mestilah ciptaan asli. Lagu demo tidak diterima.
  • Dilancarkan pada tahun 2024 – Lagu mestilah diterbitkan dan dilancarkan antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 di platform seperti YouTube, Spotify, Deezer, Apple Music, SoundCloud, Bandcamp, atau di radio.
  • Label Indie – Lagu tidak boleh terikat dengan syarikat rakaman besar (yang mempunyai peratusan jualan tahunan tinggi serta bahagian penerbitan, pengedaran, dan pemasaran dalaman). Walau bagaimanapun, penyertaan daripada artis yang bernaung di bawah label indie dibenarkan. Label indie didefinisikan sebagai syarikat kecil yang beroperasi tanpa sokongan kewangan besar atau bahagian penerbitan, jualan, pengedaran, dan pemasaran dalaman.

Tentang Anugerah Lagu Indie

Sejak penubuhannya pada tahun 2019, Anugerah Lagu Indie telah menjadi platform utama untuk meraikan kreativiti dan bakat dalam kalangan pemuzik indie di Malaysia. ALI bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan seni tetapi juga menjadi batu loncatan untuk pemuzik baharu mempercepatkan kejayaan mereka.

Pengarah Eksekutif Bersama ALI 24

Tahun ini, ALI24 diterajui bersama oleh dua tokoh terkemuka industri: Ahmed Faris Amir, dan Jennifer Thompson. Gabungan visi mereka menjanjikan acara yang akan menetapkan piawaian baharu dalam mengiktiraf dan menyokong bakat indie. Sempena ulang tahun ke-5 ALI, acara ini diharapkan akan terus mengukuhkan komuniti artis indie dan memacu perjalanan mereka ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Para pemuzik disarankan untuk menghantar penyertaan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyerlahkan bakat anda di platform indie paling berprestij di Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation