FADHLI, SIAPAKAH BIAWAK ITU?

Spread the love

Oleh: SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI

1. 14 jam yang lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari membuat satu hantaran di Facebook berbunyi;

“Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.”

2. Saya ingin bertanya pada Fadhli, apakah maksud hantaran beliau itu? Ia dibuat sejurus selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah berkaitan kuasa prerogatif pengampunan diraja berhubung kes bekas Perdana Menteri Najib Razak.

3. Fadhli perlu jelaskan siapakah yang beliau maksudkan ‘jantan berkokok nyaring’? Siapa pula ‘ayam betina’? Dan siapa pula ‘biawak’?

4. Apa yang sedang berlaku ialah, UMNO membatalkan hasrat berhimpun untuk solidariti Najib Razak selepas titah Agong. Jadi saya ingin tanya Fadhli, adakah ‘biawak’ yang Fadhli sebutkan merujuk kepada ‘YDP Agong’?

5. Dengan latar isu yang sedang melanda, Fadhli perlu jelaskan hantaran beliau itu. Ia penting untuk menjernihkan keadaan.

6. Atau, Fadhli akan dipalit dengan gelaran BIADAB terhadap YDP Agong atas ke’gatal’an tangan beliau di media sosial.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation