SUV Flagship Volkswagen Touareg R-Line Kemas Kini Harga Terbaharu di Malaysia.

Spread the love
-SUV Flagship itu ditawarkan pada harga bermula RM382,690 tidak termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) untuk memberi nilai terbaik kepada lebih ramai rakyat Malaysia
-Dijana oleh enjin V6 TSI 3.0 liter bersama pacuan semua roda pintar 4MOTION
-Teknologi perintis menerusi lampu utama IQ Light HD Matrix baharu
-Night Vision hadir sebagai ciri standard pada Touareg R-Line 

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk Touareg R-Line yang akan membuatkan SUV flagship itu lebih menarik buat para pelanggan di Malaysia. Harga runcit cadangan Touareg R-Line pemasangan tempatan itu kini ialah RM382,690, tidak termasuk VAP.

Perubahan harga itu adalah hasil maklum balas dan perkembangan positif dalam operasi Volkswagen di peringkat tempatan, selain dinamik pasaran yang lebih baik. Ini membolehkan penjimatan disalurkan kepada para pelanggan. 

Touareg R-Line dikenali sebagai peneraju kerana teknologinya yang canggih serta ciri-ciri keselamatan bantuan pemandu termaju, di samping reka bentuk yang garang dan keupayaan prestasi luar biasa. Jentera itu dikuasakan oleh enjin turbo V6 pengecas turbo 3.0liter yang mampu menjana 340PS dan tork mencecah 450Nm. 

SUV ini mendefinisikan semula teknologi lampu menerusi lampu utama IQ LIGHT HD MATRIX yang merupakan antara lampu terbaik di dunia. Sistem lampu yang sangat pintar itu terdiri daripada lebih 38,000 unit LED mikro interaktif yang berfungsi menerangi jalan dengan tepat.   

Ciri-ciri penting lain termasuklah suspensi udara yang boleh dilaras sendiri secara automatik dan sistem bunyi Dynaudio bersama amplifikasi 730 watts. Ia juga hadir dengan rangkaian sistem keselamatan IQ.Drive yang merangkumi ciri Night Vision bagi memastikan pengalaman pemanduan yang mewah, selesa, luas dan selamat.  

Touareg R-Line boleh didapati bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) dengan kos tambahan sebanyak RM17,300. Dengan VAP, para pemilik akan disokong oleh servis penyelenggaraan komprehensif, jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. 

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation