• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kampung Digital Melaka langkah strategik pastikan setiap premis di Melaka dilengkapi alamat lengkap dan sistematik

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2025 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka menerusi perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM).  

Menurut MCMC, inisiatif Kampung Digital Melaka merupakan langkah strategik untuk memastikan setiap premis di Negeri Melaka dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.

“Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan infrastruktur digital yang lebih mampan di Negeri Melaka, serta memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Inisiatif Kampung Digital ini adalah yang pertama di Malaysia dengan penggunaan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di 623 kampung tradisional di Negeri Melaka serta meningkatkan kualiti akses data perkhidmatan rakyat. Projek ini telah menerima pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan cap dagangan logo, menjadikannya model kampung digital di seluruh negara.” kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini.

MCMC akan bekerjasama dalam aspek sokongan teknikal di samping perkongsian maklumat dan data untuk pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS).

Dengan adanya NAS kelak, ia akan menjadi sistem tunggal yang berautoriti, seragam dan berpusat untuk mengurus lebih daripada 12 juta alamat di seluruh negara melalui kerjasama antara pelbagai pihak.

Kerjasama antara MCMC dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui inisiatif ini adalah amat penting dan diharapkan dapat terus diperkukuh. Projek ini bukan sahaja memberi impak positif kepada Negeri Melaka, malah dijangka menjadi model kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam membangunkan ekosistem digital yang lebih inklusif dan berdaya saing.” tambah MCMC.

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar bin Haji Arshad telah disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.  

MAJLIS Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara MCMC dengan Kerajaan Negeri Melaka.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam bin Roslan; Pengarah Urusan MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah bin Mohd Yunus dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation