Spritzer Malaysia mengajak warga Malaysia untuk “Speak from the Heart” dan menzahirkan diri sambil menjiwai tradisi musim perayaan ini
Kuala Lumpur, 6 Januari 2025 – Sempena Tahun Baharu Cina ini, Spritzer mempelawa rakyat Malaysia untuk menghargai detik-detik bermakna bagi pengalaman musim perayaan yang menyegarkan melalui kempen istimewanya yang merapatkan hubungan para keluarga dan rakanrakan. Menjelang ketibaan Tahun Ular, jenama air mineral terkemuka di Malaysia, Spritzer teruja memperkenalkankempen Tahun Baharu Cina 2025 yang menekankan kepentingan komunikasi yang dibuat dengan hati terbuka, menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden sambil merapatkan hubungan silaturahim antara insan tersayang.
Sebagai teras kempen ini, Spritzer mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk “Speak from the Heart” (好好说话) yang mengingatkan kita untuk menzahirkan diri dengan keikhlasan, rasa hormat, dan pemahaman. Filem ini dibintangi pelakon serta duta jenama Spritzer, Koe Yeet serta Jaspers Lai, bersama penampilan khas daripada Yagood dan Jobroseph. Kempen ini mencerminkan nilai-nilai murni Spritzer, yang komited dalam memberikan impak positif kepada masyarakat dan kesejahteraan sejagat.
Filem ini mengisahkan situasi yang biasa dialami ramai anak muda di Malaysia. Ia menceritakan tentang seorang pemuda bernama Jasper, yang sedang menghampiri usia 30-an dan berdepan tekanan keluarga untuk mendirikan rumah tangga. Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Jasper yang semakin cemas meminta bantuan seorang pendandan rambut, dilakonkan oleh Koe Yeet untuk berpura-pura menjadi teman wanitanya untuk sehari. Dengan sifat jenaka, dan keupayaan mendenga isi hati orang lain, watak Koe Yeet membantu Jasper menghadapi perbualan dengan mak ciknya yang suka menyibuk, sekali gus mengubah situasi yang agak tegang menjadi pengalaman yang manis dan bermakna.
“Speak from the Heart” menggambarkan semangat sebenar Tahun Ular, dengan mengingatkan kita untuk menggunakan kebijaksanaan, pesona, gerak hati, dan keanggunan dalam mengharungi cabaran kehidupan dan perhubungan kita dengan insan-insan tersayang. Tonton filem pendek Spritzer, “Speak from the Heart” di saluran YouTube Spritzer Group hari ini!
Hadiah Perayaan & Detik Bermakna bersama Spritzer
Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan ini, Spritzer menawarkan hadiah eksklusif dengan pembelian produk-produk minumannya yang berkualiti tinggi. Pelanggan yang membeli produk Spritzer bernilai RM38 akan menerima Mangkuk Seramik CNY Spritzer, manakala pembelian bernilai RM18 melayakkan anda menerima Cawan Retro CNY Spritzer. Barangan edisi khas ini pasti menambah unsur tradisional kepada sesi keramaian anda.
Air Mineral Semula Jadi Spritzer turut hadir dengan label botol edisi khas sempena Tahun Baru Cina, yang sesuai untuk memastikan anda kekal terhidrat sepanjang sambutan. Kaya dengan silika yang baik untuk kesihatan kulit, rambut, dan kuku, ia adalah pilihan terbaik untuk musim perayaan ini. Selain itu, Spritzer Sparkling dalam perisa asli dan lemon memberikan pilihan minuman menyegarkan yang bebas pemanis dan kalori, seusai untuk dinikmati bersama hidangan, diberikan sebagai hadiah, atau dihidangkan semasa sesi keramaian.
Daripada filem pendek yang menginspirasikan hingga aneka hadiah eksklusif, kempen CNY 2025 oleh Spritzer direka untuk membawa kemeriahan dan nilai positif kepada musim perayaan anda. Jangan lepaskan peluang untuk merasai tradisi Tahun Baru Cina sambil menikmati kesegaran minuman
Spritzer.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment