ANGKASA dan Zurich Takaful Bekerjasama Melancarkan Skim Perlindungan MyANGKASA Plus, Memberikan Manfaat Kepada 7.2 Juta Anggota Koperasi

Spread the love
(Dari Kiri-Kanan)
1.Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, CEO of ANGKASA Group and Executive Director of MyANGKASA Holdings Sdn Bhd;
2.Shamsul Azman, CEO of Zurich General Takaful Malaysia Berhad;
3.Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, ANGKASA Board Member and Chairman of MyANGKASA Amanah Berhad;
4.Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, ANGKASA President;
5.Nur Fatihah Mustafa, CEO of Zurich Takaful Malaysia Berhad;
6.Cik Hasnah binti Omar, Chairman of Zurich Takaful Malaysia Berhad and Zurich General Takaful Malaysia Berhad;
7.Dr. Mohd Azlan Yahya, Vice President ANGKASA;
8.Datuk Dr. Hafsah binti Hashim, Board Member of Zurich Takaful Malaysia Berhad;
9.Dato’ Wan Mohd Fadzmi bin Che Wan Othman Fadzilah, Board Member of Zurich General Takaful Malaysia Berhad

PETALING JAYA, 9 Januari 2024 – ANGKASA menerusi anak syarikatnya MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. mempelopori produk tambah nilai baharu, Skim Perlindungan MyANGKASA Plus dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya bagi perlindungan kepada koperasi dan syarikat yang terlibat dalam sektor kewangan. Rantaian nilai tambah perlindungan menerusi perkhidmatan kewangan Ekosistem Kredit Koperasi ANGKASA itu adalah hasil kerjasama antara MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB) bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful). 

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Skim Perlindungan MyANGKASA Plus merupakan mekanisma yang akan membantu lebih 7.2 juta anggota koperasi menerusi pembayaran caruman mampu milik dengan perlindungan yang menyeluruh.  

Tambahnya, objektif utama skim ini adalah memberikan manfaat perlindungan kepada kewangan koperasi dan syarikat serta kepada anggota yang membuat pembiayaan bersama koperasi mahupun syarikat yang menggunakan khidmat Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) sekiranya berlaku musibah terhadap peminjam. 

“Skim ini memberikan manfaat bantuan kewangan kepada peminjam yang mengalami bencana. Pembiaya juga akan dilindungi dengan perlindungan ke atas pembiayaan yang diberikan untuk mengurangkan risiko ketidakmampuan bayaran semula dan tunggakan. Dalam masa sama, MyANGKASA Amanah Berhad, syarikat pengurusan amanah milik ANGKASA juga turut bekerjasama dalam projek ini selaku pemegang dan pengurus amanah menerusi surat ikatan amanah yang akan ditandatangani oleh pelanggan.” 

”ANGKASA akan memastikan skim ini akan diuruskan dengan tata kelola yang baik bagi menjamin duit manfaat ini akan disampaikan secara terus kepada waris tanpa keraguan bersama dengan perlindungan produk tambahan seperti hibah, wasiat dan pengurusan pusaka.  Ini satu inisiatif baru yang menjadi kelainan kepada skim ini berbanding produk di pasaran sedia ada.  Kerjasama bersama Zurich Takaful sebagai rakan strategik dalam skim ini adalah berdasarkan rekod kecemerlangan mereka dalam segi keupayaan pengurusan, kecekapan perkhidmatan dan keupayaan pembayaran tuntutan dan manfaat kepada pemilik sijil.” katanya ketika merasmikan program Skim Perlindungan MyANGKASA Plus, di Wisma Ungku A. Aziz, di sini. 

Turut hadir, Hasnah Omar, Pengerusi Zurich Takaful Malaysia Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Ali Hasan, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad, Nur Fatihah Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad dan Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Pengarah Eksekutif MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 

Sementara itu, Shamsul Azman, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad berkata, ”Selain daripada manfaat kematian dan hilang upaya kekal, Zurich Takaful juga turut menawarkan perlindungan takaful bagi Kehilangan Pekerjaan Tanpa Sukarela akibat kemalangan.”  

Pada masa sama, Nur Fatihah Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad yakin pengalaman lebih 150 tahun, Zurich Takaful berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan khususnya menerusi Skim Perlindungan MyANGKASA Plus yang menawarkan pelan menyeluruh akibat semulajadi dan kemalangan dalam uasaha memastikan anggota koperasi  dilindungi 24 jam daripada situasi luar jangkaan di seluruh dunia.  

”Inisiatif ini juga sejajar dengan kempen jenama ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ yang merupakan lanjutan daripada usaha berterusan untuk melindungi rakyat Malaysia agar mereka dapat menikmati kehidupan dengan penuh keyakinan demi masa depan yang lebih cerah.” tambahnya lagi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation