Oleh: SHEIKH UMAR ALI
1. Apa salahnya kenyataan Loke? Atau soalan yang sepatutnya; Mengapa Takiyuddin beriya-iya membuat penjelasan panjang lebar terhadap kenyataan Hadi bagi menjawab respon ringkas dari Loke?
2. Kenyataan Loke sangat objektif. Sebagai pemimpin tertinggi parti, Loke beri respon apabila nama DAP dipetik oleh Hadi Awang. Itu sahaja.
3. Hadi mendakwa DAP dan PH sudah mengkhianati konsep Raja Berpelembagaan terkait isu titah tambahan (adendum) Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
4. Loke jawab mudah. DAP tidak terlibat dalam isu berkenaan. Pemimpin DAP tidak terlibat langsung kerana pengampunan adalah urusan Lembaga Pengampunan yang tidak melibatkan Jemaah Menteri.
5. Loke menambah, tidak ada seorang pun daripada wakil DAP menjadi ahli Lembaga Pengampunan.
6. Selain itu Loke juga beritahu, tindakan PAS adalah keji. Sikap suka menyalahkan DAP merupakan mainan politik ulangan PAS bila berhadapan sesuatu isu.
7. Ini juga benar. Ini bukan perkara baharu. Ini wirid PAS era Hadi Awang. DAP, DAP, DAP, DAP…
8. Lihat beberapa contoh. Februari 2022 sewaktu PRN Johor, Hadi Awang mendakwa parti Muda sebagai ciptaan DAP. Celah mana ciptaan DAP?
9. Kemudian Hadi juga dakwa parti Amanah turut dibuat oleh DAP. Hadi kata, DAP ambil orang PAS dan tubuh Amanah.
10. Julai 2023, ditengah-tengah amaran Ketua Polis Negara berkaitan isu 3R, Hadi tak peduli dan terus keluarkan kenyataan DAP mahu menghapus ketuanan Melayu serta Bumiputera seperti yang dirancang penjajah British.
11. Ogos 2024, ahli PAS gelar DAP sebagai kafir harbi atas pentas ceramah di Nenggiri. Padahal DAP tidak terlibat dalam PRN Nenggiri.
12. Jadi saya ulang soalan; dimana salahnya kenyataan Loke ketika membidas Hadi?
———-
13. Telahan saya, kenyataan dikeluarkan Takiyuddin hanyalah untuk ‘cover’ apa yang ditulis oleh Hadi.
14. Kenyataan Hadi panjang lebar dan bersimpang siur. Hadi bercakap soal adendum, menyeberang ke isu sekularisme, kemudian dikaitkan pula dengan zaman penjajah.
15. Lagi Hadi mengungkit soal pembentukan Kerajaan Perpaduan sepertimana buah pandangan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Hadi dakwa kerajaan bertopengkan istana sebagai alasan melawan setiap teguran dan kritikan pihak pembangkang.
16. Kenyataan-kenyataan Hadi yang sebegini menjurus bahaya pada PAS. Saya pernah nyatakan, kenyataan Hadi mutakhir ini seakan-akan menuju semula ke era ‘amanat Haji Hadi’ 1980an. Ia mengundang perpecahan dikalangan rakyat.
17. Kita pun masih tidak lupa. Belum setahun yang lalu, satu kenyataan Hadi telah mengakibatkan rasa dukacita Sultan Selangor. Kenyataan Hadi telah disifatkan sebagai mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya menjurus kepada perpecahan.
18. Jadi, kenyataan panjang lebar Hadi Awang pada kali ini juga ada risiko yang sama.
19. Oleh itu, Takiyuddin terpaksa tampil untuk ambil langkah pencegahan awal, ‘cover’ siap-siap. Sebelum kenyataan Hadi membawa masalah pada PAS lagi.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment