• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MBM RAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI

Spread the love

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas penyempurnaan perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBM kali ke-73 di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Kehadiran YAB Perdana Menteri bersama hampir 500 hadirin yang terdiri daripada perwakilan kepimpinan pertubuhan belia seluruh negara dan tetamu kehormat penting untuk terus menjadikan aspek pembangunan belia sebagai antara keutamaan utama kerajaan perpaduan Malaysia Madani.

MBM menyambut baik komitmen Perdana Menteri dalam mempertimbangkan inisiatif Sejati Madani untuk diperluaskan kepada pertubuhan belia di peringkat akar umbi. Ini sekaligus dapat menghakupayakan pertubuhan belia akar umbi khasnya Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah dalam melaksanakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada kelompok masyarakat terbanyak terutama di desa. 

MBM menghargai sokongan berterusan kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan di bawah teraju YB Hannah Yeoh terutama dalam aspek pengagihan geran pentadbiran kepada pertubuhan belia seluruh negara. 

Sebagai pertubuhan belia terbesar tanah air, menjadi tanggungjawab MBM untuk memastikan aspek tatakelola pertubuhan diuruskan dengan sebaik mungkin dan dimanfaatkan kepada program yang berimpak tinggi.

Bertepatan dengan kepengerusian ASEAN 2025, MBM bersedia bersama kerajaan dalam menjayakan agenda kebangkitan Asia melalui peranan signifikan MBM bersama rakanrakan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Sebagai rakan pembangunan negara, MBM berikrar untuk terus mendokong kerajaan Malaysia terutama dalam menggerakkan usaha pembudayaan ilmu, pembangunan kapasiti karakter belia dan kepimpinan generasi baru Malaysia sejajar dengan nilai-nilai yang terkandung dalam enam teras Malaysia Madani.

Akhir sekali, MBM merakamkan penghargaan kepada seluruh perwakilan, pemerhati dan pengamal media yang hadir bagi sama-sama menjayakan MPAT MBM kali ke-73.


MOHD IZZAT AFIFI HJ. ABDUL HAMID 

Presiden Majlis Belia Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation