• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

AISSE’25 jadi platform strategik bidang penguatkuasaan global

Spread the love

PUTRAJAYA: Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) akan berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bertemakan “Asia United: Charting The Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration”, program berkenaan bakal menghimpunkan kira-kira 350 organisasi keselamatan dan pemain industri dari lebih 40 buah negara.

Menurut penganjur, dalam program perasmian itu, akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

AISSE’25 menjadi platform unik kolaborasi strategik, perkongsian ilmu serta perancangan masa depan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan Asia dan global.

Pada Ahad ini program dimulakan dengan sesi ‘walkabout’ dan sidang media yang akan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Manakala Selasa ini, Saifuddin akan berucap dalam program itu.

Ini diikuti dengan beberapa program seminar untuk berkongsi pandangan, kaedah bagaimana menangani sebarang bentuk jenayah dan cara memeranginya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut akan menjadi salah seorang yang terlibat dalam sesi seminar tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation