• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Saifuddin galak agensi bawah KDN ‘turun padang’ dekati rakyat

Spread the love
Tangkap Layar dari Video, Sumber dari Sosial Media X, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggalakkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk ‘turun padang’ mendekati dan membantu rakyat.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni penduduk sekitar Sungai Karangan dalam program ziarah kasih sempena Program SUA Mesra KDN.

“Bukan selalu saya berpeluang ronda dengan motosikal sambil menikmati udara segar di Kedah.

“Kali ini, bersama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, kami buat kelainan sedikit turun menyantuni penduduk sekitar Sungai Karangan dalam program ziarah kasih sempena Program SUA Mesra KDN, sambil menunggang motosikal.

“Saya sentiasa galakkan agensi-agensi di bawah saya untuk rajin turun padang, mendekati rakyat, dan memahami keperluan mereka,” katanya di Facebook.

Saifuddin berharap usaha itu dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Semoga usaha kecil ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation