Oleh: Howard Lee
Saya amat marah dan jijik dengan cadangan kejam yang dikemukakan oleh Presiden Trump bahawa Amerika Syarikat harus โmengambil alihโ Semenanjung Gaza. Cadangan ini adalah tidak berperikemanusiaan, tidak demokratik, dan tidak bertamadun โ suatu idea yang tiada sebarang duluan dalam kalangan pemimpin mana-mana kuasa besar dalam sejarah moden.
Adalah tidak masuk akal bahawa seorang pemimpin kuasa besar global menjalankan dasar luar negara dan kepimpinan antarabangsa seolah-olah beliau adalah seorang pemaju hartanah, menilai tanah hanya berdasarkan potensi keuntungannya dan bukannya untuk melindungi nyawa manusia serta menegakkan keadilan.
Pemikiran yang cuai dan berasaskan keuntungan sebegini bukan sahaja mengurangkan nilai nyawa manusia kepada sekadar aset, malah berisiko menghancurkan kredibiliti Amerika di pentas dunia. Apabila sesebuah negara memperlakukan geopolitik seperti portfolio hartanah, ia kehilangan kewibawaan moral yang menjadi tunjang kepada pengaruh diplomatiknyaโ satu duluan berbahaya yang boleh memberi kesempatan kepada musuh untuk kukuh, melemahkan sebarang pakatan yang sudah ada, malah mengganggu dan menggoncang kestabilan dunia.
Dasar ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Ia bertentangan secara langsung dengan Perkara 2(4) Piagam PBB, yang melarang penggunaan kekerasan terhadap keutuhan wilayah mana-mana negara, serta Perkara 49 Konvensyen Geneva ke-4, yang mengharamkan pemindahan paksa penduduk dari wilayah yang diduduki. Tambahan pula, pemindahan paksa hampir dua juta orang akan dianggap sebagai pembersihan etnik dan mungkin memenuhi kriteria jenayah genosid di bawah Konvensyen Genosid.
Saya mengulangi amaran keras daripada para pakar undang-undang antarabangsa yang menegaskan bahawa sebarang dasar pemindahan paksa adalah setara dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Untuk mempertimbang dasar yang merampas hak rakyat untuk kembali ke tanah air mereka adalah suatu penghinaan besar terhadap prinsip maruah manusia dan keadilan antarabangsa.
Bagi pihak Biro Antarabangsa DAP, dan sebagai seseorang yang berjuang demi keadilanโ sama ada di Parlimen atau sebagai bekas Presiden Kesatuan Antarabangsa Belia Sosialis (IUSY) โ saya menggesa masyarakat antarabangsa untuk menolak cadangan keji ini dengan sekeras-kerasnya. Tiada sebarang justifikasi untuk dasar yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang ini. Kita mesti bersatu dalam menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi hak rakyat Palestin.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
โโ
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
โ
Be the first to leave a comment