KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini berada di perkampungan Orang Asli Kemian bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi meneruskan Program Mekar, Menyemai Kasih Rakyat.
Beliau berkata program itu bersifat outreach, di mana JPN turun ke lapangan untuk membantu masyarakat menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka.
“Antara masalah utama yang dihadapi oleh komuniti di sini ialah pendaftaran kelahiran lewat.
“Ramai ibu bapa tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang, iaitu 60 hari,” katanya.
Menurut Saifuddin masalah lain dihadapi seperti kelahiran baharu.
Beliau berkata hari ini sahaja, JPN menemui lima kes kelahiran baharu yang masih dalam tempoh pendaftaran.
“Masalah lain seperti permohonan MyKad. Ada individu yang telah mencapai usia 12 tahun tetapi belum memiliki MyKad, walaupun mereka mempunyai sijil kelahiran,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin berkata JPN juga membawa sistem biometrik untuk semakan identiti, yang membuktikan keberkesanan pendekatan outreach ini.
Katanya, keperluan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah amat penting.
“Tanpa dokumen ini, pelbagai kesukaran boleh timbul, seperti kesukaran untuk anak-anak bersekolah dalam arus perdana.
Masalah mendapatkan rawatan di hospital jika mereka jatuh sakit.
“Kesukaran bergerak ke JPN terdekat, seperti di Jerantut, kerana perjalanan menggunakan bot boleh mengambil masa sehingga dua jam dan mengganggu mata pencarian mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata Program Mekar jelas memberi manfaat besar.
Katanya, setakat 31 Januari lalu, kita telah menjalankan 179 program MEKAR.
“Untuk perbandingan, sepanjang 2024, sebanyak 2,311 program MEKAR. Angka ini meningkat setiap tahun.
“2023 (1,762 program). 2022 (1,393) program,” katanya.
Tambahnya, trend itu menunjukkan bahawa Program Mekar benar-benar memberi impak tinggi dalam membantu rakyat, sejajar dengan hasrat Perdana Menteri yang menekankan pendekatan Madani dalam pentadbiran.
Katanya, ini berlandaskan nilai ihsan, simpati, dan kasih sayang dalam menyelesaikan masalah rakyat.
“Untuk hari ini sahaja, kita telah menyelesaikan 15 kes pendaftaran kelahiran lewat, 1 kes pengeluaran MyKad, 10 kes semakan identiti dan penyerahan 24 MyKad.
“JPN Jerantut juga telah datang pada Oktober lalu untuk penyerahan dokumen secara berterusan. Jika saya tidak hadir hari ini, mereka tetap akan menyerahkan dokumen seperti biasa,” katanya.
Kata Saifuddin, selain JPN, pihaknya juga melibatkan Yayasan Hasanah dan Yayasan Food Bank Malaysia, yang sudah lebih lima tahun menjalankan program pendidikan untuk anak-anak Orang Asli.
Katanya, hari ini, mereka turut menyumbangkan bakul makanan kepada 40 keluarga, manakala bantuan mingguan diberikan kepada 23 keluarga.
“Saya juga ingin menyentuh satu inisiatif yang sangat terpuji, usaha pendidikan oleh NGO yang datang ke pedalaman untuk mengajar anak-anak Orang Asli membaca dan menulis.
“Mereka telah menjalankan usaha ini selama lima tahun dan berjaya memastikan sebahagian daripada pelajar mereka menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
“Mereka turut menjejak kemajuan pelajar ini untuk memastikan kesinambungan pendidikan mereka. Saya amat terharu dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh sukarelawan ini,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment