Pengguna Malaysia Mengiktiraf Spritzer sebagai Jenama Pilihan Minuman Tanpa Alkohol
Kuala Lumpur, 12Februari 2025 – Spritzer Berhad, syarikat air mineral terkemuka Malaysia, dengan bangganya menerima anugerah Platinum pertama mereka sebagai jenama pilihan dalam kategori ‘Minuman – Tanpa Alkohol’ pada Putra Brand Awards 2024 setelah sembilan tahun menyertai anugerah berprestij tersebut. Kejayaan cemerlang buat Spritzer ini datang selepas lapan tahun berturut-turut meraih anugerah emas, perak dan gangsa.
Anugerah tersebut diterima oleh Pengurus Besar Spritzer, Dr. Chuah Chaw Teo dalam majlis yang berlangsung pada 17 Januari 2025 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Beliau menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pengguna setia Spritzer, rakan strategik, dan ahli pasukan yang berdedikasi. Beliau berkata, “Spritzer sangat berbesar hati dengan pengiktirafan yang amat berharga ini daripada rakyat Malaysia. Jenama kami telah berada di pasaran tempatan selama lebih tiga dekad, bermula dari kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi di Taiping, Perak. Perjalanan ini bermula dengan matlamat daripada pengasas Spritzer iaitu menyediakan air mineral semula jadi yang tulen, diperolehi dari kawasan hutan seluas 430 ekar, dan pada masa sama dapat melindungi sumber yang tidak ternilai ini.”
“Pengiktirafan yang diterima hari ini adalah hasil daripada komitmen kami dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan kami, kerja keras pasukan dan kerjasama erat yang terjalin selama ini. Semua faktor ini memainkan peranan penting dalam Gambar 2: Anugerah Platinum usaha membina sokongan dan kepercayaan daripada para yang dimenangi Spritzer Berhad pengguna. Kami mendedikasikan anugerah ini kepada semua untuk kategori Minuman – Tanpa yang telah menyokong dan mempercayai kami selama ini,”
Sebagai platform utama bagi pengiktirafan jenama Malaysia, Putra Brand Awards meraikan pembinaan jenama sebagai pelaburan penting dalam perniagaan, yang dinilai menerusi pilihan pengguna. Dengan menjadi pilihan lebih 6,000 pengguna, pengiktirafan terbaharu Spritzer ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju sektor minuman dan jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.
Sepanjang tempoh 35 tahun yang lalu, jenama Spritzer telah menjadi sinonim dengan kualiti, kemampanan, dan inovasi dalam industri air botol. Kejayaan berterusan ini membuktikan daya tahan jenama, kemampuan menyesuaikan diri, dan keupayaannya mengekalkan kepercayaan pengguna dalam pasaran yang sentiasa berkembang. Spritzer akan kekal komited untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Jelas Dr. Chuah lagi, “Bermula dari memacu inovasi hinggalah kepada mempertingkatkan usaha kemampanan kami, setiap langkah yang kami ambil tertumpu kepada memberikan yang terbaik untuk pengguna kami. Kami akan terus melangkaui jangkaan dan menetapkan penanda aras baharu dalam
industri.”
Putra Brand Awards telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4A) dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands (MMVB). Ia merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang disokong oleh MATRADE dan kekal sebagai pengiktirafan paling berprestij untuk jenama pilihan pengguna di Malaysia. Anugerah ini menjadi bukti kekuatan dan pengaruh sesebuah jenama yang berjaya meraih kepercayaan dan kesetiaan pengguna di negara ini.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment