Kerajaan belum rancang salur subsidi minyak masak paket melalui MyKad

Spread the love
Sumber Gambar: Youtube Parlimen Malaysia / RTM

KUALA LUMPUR 17 Febuari 2025: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat ini.

Menurut Timbalan Menterinya, Dr Fuziah Salleh berkata, kementeriannya sedang memperkasakan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) untuk memastikan bekalan minyak masak itu sampai kepada pengguna berstatus warganegara.

“Setakat ini belum ada (rancangan) untuk menggunakan (MyKad) atau subsidi itu disalurkan terus (kepada pengguna).

“Akan tetapi cara kita (untuk) memastikan ia sampai kepada pengguna (menerusi) projek rintis 2025. Nanti kita akan menggunakan pengenalan diri (ID) atau satu bentuk ID supaya kita dapat kenal pasti warganegara yang boleh menggunakan bekalan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pada waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Fuziah menjawab soalan tambahan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) sama ada KPDN akan mempertimbangkan untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad susulan isu subsidi minyak masak tidak sampai kepada golongan sasaran akibat ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, KPDN masih lagi berunding untuk mendapatkan kerjasama beberapa agensi dalam menjalankan projek rintis berkenaan.

Katanya, KPDN turut tegas membanteras penyelewengan dengan mengambil tindakan menggantung dan menarik semula kuota minyak masak pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

“Pada 2024 kita telah gantung sebanyak 16 syarikat dan kita tarik kuota daripada 30 syarikat yang menyalahgunakan amanah yang diberikan kepada mereka.

“Jadi ini adalah tindakan yang kita ambil secara serius dan dan kita tidak ada kompromi,” ujarnya.

Fuziah berkata KPDN juga berpandangan kuota 60,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi di pasaran runcit ketika ini mencukupi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation